
Pelakon terkenal Erra Fazira meluahkan rasa syukur kerana dilimpahkan dengan pelbagai bentuk rezeki semenjak mendirikan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Erra Fazira Akui Bukan Mudah Ambil Keputusan Berkahwin, Mahu Layari Bahtera Harmoni Dengan Suami – ‘Nak Cari Ketenangan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bunga Emas Sebagai Kejutan Istimewa Dari Suami Buat Erra Fazira – ‘95% Persiapan Kahwin Ezwan Uruskan’
Dilimpahkan rezeki

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Fazira Wan Chek, 52, itu berkata, bukan dirinya sahaja dimurahkan rezeki, tetapi suami, Ezwan Zain juga merasai nikmat yang sama daripada Allah SWT.
Alhamdulillah. Inilah rezeki yang Allah berikan. Rezeki selepas berumah tangga itu dipermudahkan.
Suami pun ada rezekinya, ramai pengunjung datang ke Kueh Cafe, dan saya sangat bersyukur.
Bukan itu sahaja, Erra berkongsi bahawa perniagaan suaminya juga menerima sambutan luar biasa daripada pengunjung dan peminat mereka.
Ramai yang datang ke sana dan kadang-kadang ada yang berkata, kalau tak dapat jumpa saya, dapat jumpa suami pun tak mengapa.
Suami saya ini macam artis dah dekat sana. Bila ke kafe itu, memang ramai yang akan ambil gambar dan seolah-olah macam ada ‘meet and greet’ di sana.
Dia seorang usahawan, jadi dia sudah terbiasa menyantuni pelanggan. Bila berkesempatan saya pun akan ke sana dan bersama-sama layan mereka.
Itu pun sudah menjadi rutin untuk saya.
Duta produk

Dalam perkembangan lain, Erra Fazira bersama aktor, Datuk Rosyam Nor baru-baru ini telah dilantik sebagai duta jenama ACGAS 2026.
Ketua Pegawai Eksekutif ACGAS, Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman, berkata pelantikan dua ikon ini selari dengan aspirasi syarikat untuk membawa perubahan dalam persepsi masyarakat terhadap penggunaan gas domestik.
Produk gas bukan sekadar keperluan, tetapi melibatkan aspek keselamatan keluarga.
Dengan kehadiran Rosyam Nor dan Erra Fazira sebagai duta, kami mahu membina hubungan yang lebih kukuh antara jenama dan pengguna, berasaskan kepercayaan, keyakinan serta kesedaran tentang teknologi silinder komposit yang lebih selamat dan moden.
Tambah Nik, langkah ini juga dilihat penting dalam memperkukuh kedudukan ACGAS sebagai penyedia silinder LPG komposit yang selamat, ringan dan inovatif untuk pasaran Malaysia.
Silinder komposit yang diperkenalkan bukan sahaja lebih ringan dan tidak berkarat, malah direka untuk meningkatkan tahap keselamatan penggunaan di dapur serta memudahkan pengendalian oleh pengguna.
Dalam mendepani cabaran industri tenaga yang semakin kompetitif, ACGAS terus menyesuaikan strategi perniagaannya dengan memberi tumpuan kepada inovasi produk dan pendigitalan perkhidmatan.
Syarikat kini giat memperkenalkan penggunaan silinder komposit bagi sektor komersial selain memperluaskan fungsi aplikasi mudah alih ACGAS bagi memudahkan urusan pembelian dan pengurusan bekalan gas oleh pengguna.





![[VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/madammu1.jpg)


