
Personaliti media sosial, Andika Putera, berkongsi bahawa dia membawa anaknya, Alisha Puteri, ke hospital bagi menjalani temu janji susulan berkaitan masalah mata yang dihadapinya.
Artikel Berkaitan: Andika Putera Bidas Netizen Persoal Pakaian Alisha – ‘Kami Dah Beli Baju Cantik Tapi Tak Lawa Di Mata Anak’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Andika Putera Mula Dedah Wajah, Netizen Puji Rupa Paras – ‘Tak Jemu Tengok, Comel Sangat’
Disarankan menjalani pembedahan otot mata

Menerusi hantaran di Threads, Andika memaklumkan bahawa doktor menjelaskan tahap rabun anaknya masih kekal sama walaupun sudah lebih setahun memakai cermin mata secara konsisten.
Namun begitu, masalah juling yang dialami anaknya itu masih belum menunjukkan sebarang perubahan, malah sudut kejulingan Alisha kini mencecah 45 darjah, yang dikategorikan sebagai agak tinggi.
Agenda hari ini bawa anak check untuk kes mata Alisha Puteri.
Setakat ini, doktor kata power rabun Alisha masih sama.
Walaupun sudah setahun lebih pakai spek dengan konsisten tetapi masih lagi juling.
Sudut kejulingan Alisha kini mencecah 45 darjah, yang dikategorikan sebagai agak tinggi.
Menurut Andika, doktor mencadangkan agar Alisha menjalani pembedahan untuk membetulkan otot mata yang menjadi punca kepada masalah juling tersebut.
Doktor sarankan untuk Alisha buat pembedahan mata untuk baiki otot mata yang menjadi punca juling.
Anak yang istimewa sejak kecil

Dalam pada itu, Andika mengakui sebagai seorang bapa, berita tersebut amat meruntun hatinya dan membuatkan dia berasa sangat sedih.
Namun begitu, dia bertekad untuk melakukan yang terbaik demi kesihatan anak tersayang.
Allahu, sedih sangat seorang bapa dengar.
Papa akan usaha sebaik mungkin inshaAllah.
Dalam hantaran beikutnya, Andika turut menitipkan doa agar segala urusan pembedahan yang bakal dijalani dipermudahkan serta berjalan dengan lancar.
Ujarnya lagi, Alisha sememangnya anak yang istimewa sejak kecil apabila telah melalui beberapa prosedur pembedahan, termasuk berkaitan cleft dan tangan, dan kini sekali lagi diuji dengan masalah mata.
Semoga urusan pembedahan, semua dipermudahkan untuk Alisha Puteri.
Alisha sangat istimewa daripada kecil, dah menjalani pembedahan cleft dan tangan.
Sekarang ini mata pulak.
Hebat kasih sayang Allah kepada mu wahai anak papa.
Sumber: Threads Andika Putera





![[VIDEO] ‘Kami Tak Berdendam Dengan Ibu Kandung Arwah’ – Abang Angkat Amir Qusyairi](https://asset.ohbulan.com/2026/08/amir-1.jpg)

![[VIDEO] Kastam Indonesia Kongsi Rakaman CCTV Penahanan Juruterbang Malaysia Didakwa Seludup Dadah, Sebotol Urin Turut Dirampas](https://asset.ohbulan.com/2026/08/juruterbang2.png)
