
Seorang individu dikenali sebagai Nizam menjadi tular selepas tampil beridentitikan Mr. Bean di jalanan sambil menjual belon, ditemani oleh isterinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Hilang Kedua Belah Kaki, Padah Terpedaya ‘Feedback’ Ubat ‘Online’ – ‘Saya Beli Sebab Katanya Bagus’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pelancong Malaysia Makan Di Kaki Lima Di Jepun Undang Teguran Netizen – ‘Jangan Malukan Nama Negara’
Tidak semua orang mampu beri kebahagiaan
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di Instagram Storiemy_, dia menjelaskan bahawa jualan belon tersebut dibuat bagi menyara kehidupan mereka berdua.
Saya jual belon ini untuk sara hidup saya dan isteri.
Isteri saya sentiasa support saya.
Menurut Nizam, walaupun setiap orang mempunyai wang, tidak semuanya bahagia dan mampu membahagiakan orang lain.
Katanya, dia tidak peduli jika orang memandang rendah atau menganggap tindakannya sebagai sebuah jenaka.
Yang penting baginya adalah kebahagiaan anak-anak orang lain menjadi keutamaannya.
Kami tidak ada anak dan hidup kami pun sederhana sahaja. Saya bersyukur dengan apa yang ada.
Kalau bab duit, semua orang ada tetapi tidak semua orang bahagia dan bukan semua orang mampu beri kebahagiaan pada orang lain.
Saya tidak kisah kalau mereka saya buat lawak ‘bodoh’, tiada masalah.
Mereka pun seronok tengok anak-anak sendiri ‘happy’ sebab kita gembirakan mereka.
Mesej motivasi ditulis pada belon

Dalam pada itu, setiap belon yang dijualnya turut mengandungi mesej motivasi yang ditulis khas supaya mereka yang membacanya dapat merasai doa serta suntikan semangat demi kejayaan anak-anak mereka.
Atas setiap belon itu, saya akan tulis mesej dan bila mereka baca akan rasa saya sedang mendoakan serta memotivasikan anak-anak mereka untuk berjaya.
Sementara itu, Nizam turut menghargai peranan isterinya yang disifatkan sebagai insan paling istimewa dalam hidupnya, selain menjadi tulang belakang dan tempat dia meluahkan segala perasaan, sama ada sedih mahupun gembira.
Tambahnya lagi, kehadiran isterinya di sisi membuatkan dia berasa lebih bertanggungjawab, sekali gus mendorongnya untuk membalas setiap pengorbanan serta memastikan kebahagiaan dan kasih sayang sentiasa diberikan kepadanya.
Isteri saya adalah insan paling istimewa dalam hidup saya.
Bila saya susah ini, dia adalah tulang belakang saya.
Isteri saya, tempat saya meluahkan perasaan sedih dan gembira saya.
Ke mana-mana sahaja saya pergi, isteri saya mesti ada.
Apabila ada isteri ini, penat atau tidak, saya akan pastikan membalas semula kebahagiaan pada dia.
Bagi mereka yang ingin bertemu atau membeli belon daripadanya, Nizam akan berada di Pasar Taman Melawati pada setiap hari Selasa dan di ST Rosyam Mart, Setiawangsa setiap hari bermula dari jam 9 malam.
Sumber: Instagram Storiemy_








![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)