Usahawan dan pempengaruh masakan tersohor, Khairul Aming melakar sejarah tersendiri apabila mengumumkan transformasi restoran Rembayung sebagai ‘live room’ terbesar di Malaysia bagi tujuan penstriman secara langsung.

Artikel Berkaitan: Pelanggan Rembayung Dapat Dua Kali Ikan Bawal Kurang Masak, Minta Khairul Aming Perketat QC Makanan

Artikel Berkaitan:  [VIDEO] Lelaki Berhati Mulia Belanja Pengawal Keselamatan Makan di Rembayung, Netizen Tersentuh

Rembayung jadi ‘live room’

View on Threads

Menerusi hantaran di aplikasi Threads, Khairul Aming atau lebih mesra disapa KA mendedahkan bahawa projek berskala besar ini merupakan hasil perancangan teliti yang memakan masa selama dua bulan.

Ujarnya, projek ini turut melibatkan kerjasama dengan 10 orang co-hos jemputan, termasuk pelawak dan pelakon terkenal, Zizan Razak.

Selepas 2 bulan planning, hari ni kita transform Rembayung menjadi live room terbesar di Malaysia. 

Dengan bantuan 10 co-host termasuk Zizan Razak, kita akan live di rembayung bermula 12 tengah hari ini untuk anda semua.

Transformasi ini bukan sekadar perubahan fizikal ruang, tetapi juga merupakan hab aktiviti digital buat para pengikutnya.

Macam-macam aktiviti kita akan buat, termasuk perkongsian ramadan dan masak-masak live dari dapur bersama chef.

Istimewa sempena pelancaran ruang baharu tersebut, Khairul Aming turut menawarkan santapan percuma buat 80 orang pemenang bertuah di Rembayung.

Boleh pilih tarikh dan masa yang nak. Tertakluk terma dan syarat.

Sumber: Threads Khairul Aming