Siapa layan drama ‘Luluh’ yang ditayangkan malam semalam di TV3? Kami pasti drama ini meninggalkan kesan mendalam dalam hati setiap yang menonton. Lakonan hebat 4 perlakon terkenal Aeril Zafrel, Izzue Islam, Nad Zainal dan Ummi Nazeera berjaya mendapat pujian netizen. Rata-rata menangis melihat drama yang mengisahkan tentang pengorbanan seorang abang. Betul ke best sampai trending?
Jadi trending di twitter
Trending di twitter malam tadi, drama ‘Luluh’ berjaya membuatkan ramai menangis. Rata-rata tidak sangka dengan pengakhiran drama ini yang menyedihkan. Drama ini juga mengetengahkan kasih sayang seorang abang yang sanggup berkorban apa sahaja. Tak kurang juga memuji kehebatan pelakon-pelakon di dalam drama Luluh ini. Memang mantap semuanya!
Ramai sebak
Drama penuh
https://www.youtube.com/watch?v=eDzkrs6j_4A
Kisah bermula apabila Farhan yang berada di tahun 2 pengajian di universiti balik ke kampung. Semasa cuti semester tersebut, Farhan ditunangkan dengan Khairina, jiran dan juga ‘girlfriend’ nya sejak di sekolah menengah lagi. Namun seminggu selepas majlis pertunangan mereka, Husin, ayah Farhan meninggal dunia semasa pulang dari laut.
Memandangkan Husin adalah yang selama ini bertanggunjawab menyara keluarga, Farhan ambil keputusan untuk berhenti belajar demi untuk menjaga ibu dan memberi laluan pada adiknya, Syakir untuk memulakan pengajian di Universiti. Sepanjang Syakir di universiti, Farhanlah yang bertungkus lumus bekerja untuk memastikan adiknya itu tidak berhadapan dengan apa-apa masalah kewangan.
Sumber : Drama Sangat Official