Viral di media sosial satu video seorang penunggang motosikal ditendang oleh polis ketika menjalani pemeriksaan jalan raya. Insiden itu menjadi bualan hangat netizen yang rata-ratanya terkejut dengan insiden itu.
Terbaru, pihak polis cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu memaklumkan insiden itu berpunca apabila penunggang motosikal mengelak dari pemeriksaan selepas menunggang melawan arus dan perkara ini masih dalam siasatan.
Kena tendang abang polis
https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/1861613893979630/
Video berdurasi 15 saat itu menyaksikan penunggang motosikal itu cuba melarikan diri dari pemeriksaan mengejut ‘Op Motosikal’ di Jalan Temple sekitar jam 12.15 tengah hari. Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail tindakan tegas akan diambil ke atas anggota terbabit sekiranya dia didapati bersalah atas perbuatan itu.
Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan namun tindakan akan diambil jika dia didapati cuai atau bertindak agresif ketika menjalankan tugas.
Tambah beliau lagi, pemeriksaan lanjut mendapati penunggang motosikal terbabit tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan motosikal tamat tempoh.
Rakaman video itu memaparkan seorang anggota trafik menendang penunggang motosikal yang membuat pusingan ‘U’ secara tiba-tiba selepas ditahan untuk pemeriksaan.
Respon netizen
Tahniah abang polis!
Sumber : Harian Metro, Info Roadblock