Isu kontroversi melibatkan anak kepada penyanyi terkenal, Nora Ariffin, hangat diperkatakan selepas sebuah video viral di Twitter. Malah, Nora sendiri telah mengakui hal tersebut dan menjelaskan dia sebagai ibu telah berusaha mendidik anak dengan baik.
Artikel berkaitan: ‘Dua-Dua Salah Sebab Buat Dosa..’ – Adik Dikritik, Anak Lelaki Nora Buka Mulut
Terbaru, anak sulung kepada Nora, Mohd Syakir Iman Johan, akan membawa individu yang menyebarkan video tersebut ke muka pengadilan.
Bukan sekali post video
Memetik laporan Harian Metro, Syakir berkata tindakan pengguna Twitter @danicah6299811 memuat naik beberapa video ke laman sosial adalah sangat melampau.
Individu tersebut didakwa berkali-kali memuat naik video dengan tujuan memburukkan lagi keadaan.
Akui salah adik
Walaupun ada yang sudah membenci dan mencaci adik dan mak saya, saya mohon jasa baik anda untuk tidak kongsikan video yang sedia ada, dan doakan kami semua. Insya Allah.
Tambahnya lagi, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan keluarga lelaki untuk menyelesaikan isu yang sedang diperkatakan ini.
Sumber : Harian Metro , itsMoshmellow