
Pelakon Ben Ali menceritakan pengalamannya berhadapan dengan seorang rakan sekolah yang sering memandang rendah terhadapnya hanya kerana perbezaan status ekonomi keluarga.
Artikel Berkaitan: ‘Lelaki Dijadikan Sebagai Pemimpin, Bukan Untuk Malas’ – Ben Ali
Artikel Berkaitan: ‘Terpaksa Tidur Di Masjid & Kena Samun’ – Ben Ali Kongsi Pengalaman Merantau Dari Perlis Ke Kuala Lumpur Ketika Usia Remaja
Ben Ali diperlekeh

Menerusi satu perkongsian di platform Threads, Ben atau nama lengkapnya Nur Ali Nadzwan, 33, berkata individu itu mula menunjukkan sikap sombong sejak mereka di bangku sekolah rendah lagi.
Semua benda dia akan judge saya hanya untuk memperlekehkan saya. Orang lain mungkin tidak perasan, tapi saya sentiasa terasa kerdil oleh kerana beliau.
Kami tinggal di taman perumahan yang sama. Selagi ada kesempatan untuk merendah-rendahkan saya.
Malah ketika tamat persekolahan, individu itu menunjukkan gaya hidup mewah dan sering menukar kenderaan baharu.
Ben bagaimanapun memilih untuk bersangka baik dan tumpang bangga melihat kejayaan rakannya itu.
Namun, timbul tanda tanya apabila rakan tersebut sering mengelak dan merahsiakan pekerjaannya setiap kali ditanya.
Kemudian bila habis sekolah pula, beliau sentiasa cuba show off yang beliau lebih berjaya dari saya. Saya pula gembira melihat kejayaan beliau saling tukar ganti kenderaan baharu.
Tidak sedikit pon saya berasa iri hati jauh sekali mahu bersaing dengan beliau. Tapi saya sedikit pelik, apa pekerjaan beliau. Apabila ditanya, dia kata “haha adalah”.
Sehinggalah pada suatu hari, adik kepada individu itu datang kepada Ben untuk meminjam wang. Apabila ditanya mengapa tidak meminta pertolongan abangnya, si adik hanya menjawab abangnya itu tidak membantu.
Adik beliau sendiri hubungi saya ingin meminjam duit. Saya beri pinjam. Tapi saya sempat bertanya, abang hang tak tolong ka? Dia kata tak.
Ini adik kepada orang yang dari sekolah rendah sering bermegah dan memandang rendah orang lain, saya masih beri pinjam kerana kasihan.
Malah, Ben mendedahkan bahawa kini rakannya itu seolah-olah sudah ‘hilang dari radar’ dan ramai yang sedang mencari keberadaannya.
Susulan daripada perkongsiannya itu, Ben menitipkan pesanan buat orang ramai agar sentiasa menjaga adab dan tidak sesekali menghina orang lain.
Sumber: Threads Ben Ali






![[VIDEO] Syed Saddiq Teruja Nak Kahwin, Akui Bahagia Temui Bella Astillah – ‘Kenapa Malu? Saya Bersyukur’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/syed-saddiq-8.jpg)

