Sudah mempunyai 15 orang anak, tapi siapa sangka Patty Hernandez, 38 tahun dari North Carolina Amerika Syarikat masih boleh berjaya mengandung anak yang ke-16. Patty bersama suaminya, Carlos Hernandez, 37 dijangka bakal menimang anak yang ke-16 pada Mei tahun hadapan.
Kini, mereka sudah mempunyai 10 anak perempuan, dan 5 anak lelaki dan yang sulung berusia 12 tahun.
Serahkan rezeki kepada Tuhan
Sumber: The Sun
Patty dan Carlos menyerahkan segalanya kepada Tuhan atas segala rezeki yang diberikan dan mereka kini bahagia dengan apa yang ada. Keluarga ini sekarang tinggal di sebuah rumah yang mempunyai 5 bilik yang terletak di Charlotte, North Carolina.
Jelas pasangan ini, mereka terpaksa membeli kenderaan yang baharu bagi menampung kesemua anak-anaknya. Kini mereka hanya mempunyai sebuah bas mini yang hanya boleh memuatkan seramai 16 penumpang dalam satu masa.
Patty turut mengeluh bahawa dia sibuk menguruskan rumah tangga dengan membasuh baju harian, mengemas rumah, memasak dan memerlukan sekurang-kurangya 5 jam untuk melipat baju bagi setiap cucian 2 hari.
Tambahnya, dia akan membasuh baju sekurang-kurangnya 4 kali seminggu bagi mengelakkan daripada timbunan baju kotor.
Nama anak bermula huruf C
Sumber: The Sun
Lebih unik, nama anak pasangan bahagia ini bermula dengan huruf C bersempena dengan nama bapanya yang pernah bekerja sebagai floor cleaner.
Huruf C seakan signifikan terhadap keluarga ini yang bermula dengan anak sulungnya Carlos Jr, 12 tahun, Christopher, 11 tahun, pasangan kembar Carla dan Caitly, 9 tahun, Christian, 8 tahun, Celeste, 7 tahun, Cristina, 6 tahun, pasangan kembar Calvin dan Catherina, 5 tahun, Carol, 4 tahun, pasangan kembar Caleb dan Caroline, 3 tahun, Camilla, 2 tahun, Charlie 1 tahun, Crystal yang berusia 4 bulan dan bakal seorang bayi perempuan pada May 2021.
Kos belanja yang tinggi
Sekadar gambar hiasan
Mempunyai anak yang ramai sudah pastinya menelan kos belanja yang tinggi, Bagi pasangan ini mereka menghabiskan anggaran AS$ 498 (kira-kira RM 2,100) untuk menampung perbelanjaan makanan dan keperluan seharian mereka sekeluarga. Anggaran sebulan mereka menghabiskan kira-kira AS$ 1,992 bersamaan RM 8,400 di Malaysia.
Rata-rata orang yang menjumpai Patty, kagum dengan bilangan anaknya kerana dia mempunyai selera yang tinggi. Dia juga tidak pernah menyangka mempunyai anak seramai ini dan tidak pernah menggunakan sebarang pencegah kehamilan dan sanggup jika hamil lagi selepas ini.
Sumber: Daily Record & The Sun UK