Ahli kumpulan legenda K-pop Shinhwa, Lee Min Woo, kini sah bergelar suami dalam satu majlis perkahwinan yang berlangsung pada Ahad.

Lee Min Woo, Lee Ami kini suami isteri

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Lee Min Woo sempat berkongsi momen istimewa hari perkahwinannya bersama isteri, Lee Ami.

Majlis tersebut diadakan secara tertutup di Seoul dengan kehadiran ahli keluarga serta rakan terdekat. Lebih menarik, dua lagi anggota Shinhwa iaitu Jun Jin dan Andy diberi peranan sebagai pengacara majlis.

Penyanyi terkenal Zion.T dan Gummy turut hadir membuat persembahan di majlis tersebut. Selain itu, ahli kumpulan Koyote, Shinji, turut berkongsi foto bersama pengantin lelaki serta rakan sekumpulannya Kim Jong Min. 

Untuk rekod, Lee Min Woo telah mendaftarkan perkahwinannya dengan Lee Ami sejak tahun lalu. 

Lee Ami merupakan generasi ketiga Zainichi Korean dan ibu tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu.

Pada 9 Disember 2025, pasangan ini dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan, menjadikan Lee Min Woo kini bapa kepada dua orang anak. 

Kehidupan mereka sebagai pasangan suami isteri turut pernah dikongsi dalam rancangan Mr. House Husband.

Sumber: Soompi