Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa suaminya gemar melanggan akaun ‘Dark Side’ (DS), sekali gus membuatnya terkejut kerana sikap lelaki itu yang selama ini dilihat baik di mata umum.

Artikel Berkaitan: Ketagih Layan Konten ‘Dark Side’ Sebab Nafkah Batin Tak Dilayan, Lelaki Terkejut Rupanya Isteri Sendiri Buat Servis

Suami layan DS

Menerusi perkongsian di Threads, wanita berkenaan berkata dia tidak menyangka suaminya berkelakuan sedemikian memandangkan perwatakannya yang lemah lembut, menjaga tutur kata dan sering menjadi imam ketika solat.

Aku tak sangka suami aku yang nampak baik di mata semua orang, balik rumah mak hari-hari jadi imam, pakai kopiah, lembut bahasa, tak pernah mencarut, apatah lagi naik tangan dengan aku, sebenarnya kaki DS.

Dekat Threads ini entah berapa ramai dia layan. Siapa kenal boleh tolong? Dia dah buang semua bukti.

Sukar menerima hakikat tersebut, wanita itu memaklumkan dia mengambil keputusan meninggalkan rumah kelamin dan pulang ke kediaman ibu bapanya.

Selalu aku baca kisah orang, tak pernah terfikir perkara ini akan jadi pada diri sendiri. Aku terpaksa kemas barang dan balik rumah mak ayah.

Aku banyak berkorban dalam hidup. Kahwin tinggalkan ibu bapa dan adik-beradik untuk ikut suami. Selepas dua tahun, aku kembali semula ke rumah keluarga dengan hati yang hancur. Kehidupan aku rasa gelap, jatuh terduduk.

Dalam perkongsian berasingan, wanita itu turut memaklumkan keluarga pihak suami telah datang ke rumah bagi membincangkan isu berkenaan.

Malah, dia juga berkongsi beberapa tangkap layar mesej perbualan yang didakwa melibatkan suaminya dengan beberapa wanita yang memiliki akaun DS.

Sumber: Threads