berita

Pengumpul Besi Buruk Pukul, Acu Parang Dekat Isteri Lepas Ditegur Bawa Pelacur Ke Rumah –‘Mengaku Pernah Lakukan Hubungan Seks’

September 15th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Hanya kerana ditegur membawa pelacur pulang ke rumah, seorang lelaki tergamak memukul dan mengacukan sebilah parang ke arah isterinya.

Pukul isteri sebab pelacur

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Kosmo, suspek yang merupakan seorang pengumpul besi buruk itu dipercayai membawa seorang pelacur ke dalam bilik di kediaman mereka yang terletak di Taman Sri Sentosa. Tindakan tersebut telah mengundang rasa kurang senang si isteri sebelum berlakunya pertengkaran mulut antara mereka.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan iaitu Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, suspek yang berusia 58 tahun itu kemudian memukul muka dan mengacukan sebilah parang ke arah isterinya. Bimbang dengan keselamatannya, mangsa bertindak melarikan diri.

Suspek kemudiannya mengaku pernah melakukan hubungan seks bersama pelacur tersebut sebelum lelaki itu naik berang memukul isterinya di bahagian muka.

Susulan daripada insiden itu, mangsa yang berusia 60 tahun telah membuat laporan polis. Menurut sumber, suspek berjaya ditahan dan kini direman selama dua hari bagi membantu siasatan. Suspek mempunyai 21 rekod jenayah lampau termasuk meragut, rompakan bersenjata, menceroboh, mencuri dan dadah. Difahamkan, suspek dan mangsa telah mendirikan rumah tangga sejak 27 tahun lalu.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×