Syarikat pengurusan Stars Powerhouse Entertainment menyangkal dakwaan yang mengaitkan artis naungan mereka, Alya Iman, dengan isu perceraian pasangan selebriti yang sedang tular di media sosial.

Artikel Berkaitan: Alya Iman Buat Laporan Polis, Kecewa Didakwa Punca Pergolakan Rumah Tangga Zizi & Yusuf Bahrin

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alya Iman Enggan Komen, Nama Kembali Dipetik Sebagai Penyondol – ‘Perkara Sudah Berlalu’

‘Tuduhan menjejaskan reputasi

Menerusi kenyataan rasmi yang dimuat naik pada Jumaat, pihak pengurusan menegaskan segala tuduhan yang dilemparkan terhadap Alya adalah sama sekali tidak benar serta bertujuan untuk menjejaskan nama baik aktres itu.

Stars Powerhouse Entertainment memandang serius penyebaran kenyataan palsu yang mengaitkan artis kami, Alya Iman, dengan isu perceraian pasangan artis yang tular baru-baru ini.

Tuduhan ini adalah tidak benar, berunsur fitnah dan menjejaskan reputasi.

Malah mereka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu atau pihak yang menyebarkan berita tidak sahih. 

Kami tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat.

Hentikan penyebaran serta-merta dan turunkan semua

Syarikat tersebut juga mengarahkan agar mana-mana hantaran atau kandungan yang telah dimuat naik di semua platform media sosial diturunkan dengan segera bagi mengelakkan kemelut tersebut daripada berlanjutan.

Sumber: Instagram Stars Powerhouse Entertainment