Pelakon, Ozlynn Waty tampil berkongsi pandangan jujur mengenai sama ada wanita perlu mencari lelaki kaya untuk berkahwin atau sebaliknya.

Artikel Berkaitan: Ozlynn Tersentuh Baca Luahan Anak Jaga Ibu Uzur – ‘Awak Kuat Hadapinya Tanpa Lari, Syurga Menanti’

Artikel Berkaitan: ‘Syahdu Dengar Ucapan Raya Johan..Dia Minta Maaf Dekat Kami, Daripada Saya Sampai Ke Helper’ – Ozlynn

Lelaki kaya

Menerusi satu komen balas di Threads, Ozlynn, 44, berkata kekayaan bukanlah keutamaan dalam membina rumah tangga.

Sebaliknya kata Ozlynn, penguasaan ilmu pengetahuan dan pegangan agama yang kuat jauh lebih penting dalam menentukan kebahagiaan sesebuah perkahwinan.

Dapat kaya memang bonus tapi bagi saya biarlah kaya ilmu dan agama, hebat al-Quran dan sunnah. Rajin usaha, sabar, amanah dalam tanggungjawab dan suka bersedekah.

Utamakan isteri dan anak dalam setiap hal, jaga hati pasangan. Perkahwinan bukan perkara remeh sebab ia akan tentukan hala tuju kita.

Dalam pada itu, Ozlynn turut berkongsi dia sentiasa berdoa agar dikurniakan rezeki yang mencukupi dan bukan semata-mata kekayaan harta.

Sejujurnya, saya selalu minta pada Allah rezeki yang cukup. Untuk apa kaya tapi esok dipersoalkan ke mana harta yang kita salurkan.

Sikap berlaku adil dalam hubungan juga penting. Yang penting suami isteri harus yakin segalanya dari Allah S.W.T.

Terdahulu, seorang individu membuka topik perbincangan tentang sama ada wanita perlu mencari lelaki kaya untuk berkahwin.

Sumber: Threads