Penyanyi, Azza Elite menjelaskan bahawa dia terpaksa menolak jemputan ke majlis rumah terbuka yang diadakan di kediaman persendirian kerana bimbang kehadirannya bersama anaknya, Adam, yang menghidap autisme, boleh menimbulkan ketidakselesaan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abby Abadi & Azza Elite Berpelukan Selepas Baca Berita Marissa Dania Dalam Proses Cerai – ‘Jadi Versi Lebih Baik Selepas Ini’

Artikel Berkaitan: Azza Elite Beri Respon Selepas Dilabel Artis Sendu & Tidak Semenggah – ‘Eloklah Tu, Ada Masa Bersama Keluarga’

Risau anak sentuh barang tuan rumah

Menerusi satu hantaran di Threads, Azza atau nama penuhnya Noor Azzarina Zawari berkata, dia perlu mengambil kira tingkah laku anaknya yang masih kecil dan cenderung untuk bermain, terutamanya jika terdapat permainan di dalam kediaman tuan rumah.

Saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri open house yang diadakan di rumah.

Saya risau kehadiran saya bersama Adam mungkin akan menimbulkan ketidakselesaan, sebab Adam menghidap autisme.

Kadang-kadang mungkin dia akan menyentuh atau bermain dengan barang-barang di rumah tanpa sengaja.

Jadi, saya buat keputusan untuk tidak menghadiri mana-mana open house yang diadakan di dalam rumah.

Bimbang perkara tidak diingini

Dalam masa sama, pelantun lagu ‘Tamparan’ itu mengakui dia bimbang sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini sehingga boleh menimbulkan rasa kurang senang terhadap tuan rumah.

Justeru, dia mengambil keputusan untuk tidak menghadiri majlis rumah terbuka di dalam kediaman bagi mengelakkan sebarang perselisihan faham

Kalau open house dibuat di luar rumah dan ada khemah, tiada masalah kerana saya tahu Adam boleh behave.

Tetapi dia masih kanak-kanak dan mempunyai autisme, jadi kalau dia nampak permainan, mungkin dia akan ambil atau bermain.

Saya rasa lebih baik saya tidak hadir untuk mengelakkan sebarang salah faham atau situasi yang tidak selesa.

Saya juga risau kalau ada yang menegur atau memarahi anak saya.

Sumber: Threads