Tragedi menyayat hati yang menimpa empat sekawan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah benar-benar meruntun hati orang ramai. Mereka dilaporkan tidak sedarkan diri di dalam kereta selepas terhidu karbon monoksida.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Kakak Kongsi Kenangan Terakhir Arwah Adik & Rakan Di Pulau Jerejak.. Sedih!
Di Twitter, bakal tunang kepada salah seorang mangsa maut sempat menziarahi pusara arwah di Kedah. Selepas empat tahun berkenalan, dia redha dengan ketentuan Allah SWT.
Awak rehat ya
Difahamkan, lelaki yang dikenali sebagai Amirul ini menaiki bas dari Johor ke Kedah untuk menziarahi pusara Ayuni. Bersedih dengan kehilangan insan tersayang, dia mendoakan semoga arwah tenang di sana.
Wangi tempat baru awak
Menurutnya lagi, pusara arwah Ayuni sangat harum dan jika diberikan rezeki dia akan datang lagi ke Kedah untuk menziarah. Malah, Amirul didapati tidak dapat menahan sebak ketika meminta izin untuk pulang ke Johor.
Datang melawat lagi
Petang tadi mirul mai melawat sayang lagi, tapi kali ni dengan abah dengan ibu angah jaja semua ada nak tengok sayang. ? Depa mai kat wani lagi esok pagi sayang, tapi mirul nak balik dah. Ada rezeki mirul mai kedah lawat wani lagi ya sayang. ?? Iloveyou, always ?? pic.twitter.com/MnlH7zwFow
— ?????? (@amirulryash99) September 18, 2020
Sumber : amirulryash99