Buat para ibu yang masih memberi susu badan, setiap titisan susu yang berjaya dikeluarkan merupakan sesuatu yang sangat bernilai. Ini kerana, bukan semua ibu diberi peluang untuk memberi susu badan buat zuriat sendiri.
Di Facebook, Syukri Shahdan memuat naik beberapa keping foto menunjukkan isterinya terduduk menangis selepas stok susu yang dikumpul tumpah di dalam beg tahan sejuk.
Kesian mama
Adakah ini berlaku kepada semua emak atau hanya bini aku. Menangis sebab susu tumpah dalam bag. Anak hairan perhati. Jangan la anak ambil perangai cengeng emaknya. Kesian mama, sedaya upaya sediakan susu untuk anak. Siapa lagi macam ni? Saya memohon maaf bagi yang kurang senang dengan pos saya ni. Saya seorang suami yang sangat support breast feeding. Dan saya bantu wife saya uruskan baby dan simpan susu dia. Saya memang selalu bergurau dengan isteri saya. Bagi yang kenal kami, tahu kami mcm mana. I love my wife dan Aafiyah.
Menerusi posting tersebut, Syukri bertanya kepada kenalan Facebook adakah mereka melalui perasaan yang sama sekiranya berhadapan dengan situasi tersebut. Tambahnya, dia seorang suami yang sangat memberi sokongan buat isteri ketika breast feeding. Dia turut meminta maaf sekiranya posting berkenaan membuatkan segelintir netizen tidak senang.
Titisan yang sangat berharga
Di ruangan komen, rata-rata para ibu memberi reaksi dan pengakuan bahawa bukan mudah buat seorang ibu untuk mengumpul setitis susu. Oleh itu, mereka menganggap susu yang berjaya di pam itu sebagai sesuatu yang bernilai buat zuriat mereka.
Di samping itu, isteri Syukri iaitu Fadia turut terharu membaca kesemua komen yang ditinggalkan. Ujarnya, netizen telah memberikan motivasi buatnya untuk terus breast feeding.
Sumber: Syukri Shahdan