
Penyanyi, Kaka Azraff tampil berkongsi bahawa ibunya, Allahyarhamah Redida Aziz, tidak pernah menggunakan pendekatan berasaskan rasa bersalah atau menggunakan nama agama untuk menakut-nakutkannya dalam memberikan nasihat.
Artikel Berkaitan: Kaka Azraff Mohon Doa Yang Baik, Ciapan Di Threads Tiada Kaitan Dengan Peribadi – ‘Status Rumah Tangga Tak Boleh Nak Dedah Sekarang’
Artikel Berkaitan: ‘Manipulasi Emosi, Sampai Mampus Hidup Jadi Orang Bersalah Sebab Dia Je Betul’ – Kaka Azraff
Ajar tentang kasih sayang

Menerusi satu hantaran di Threads, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 36, berkongsi bahawa ibunya mendidiknya dengan penuh kasih sayang sehingga berjaya menanam nilai empati dalam dirinya.
Ibu saya tak pernah guna cara ‘guilt-tripped’ untuk menasihat, tak pernah juga menggunakan agama untuk menakutkan.
Dia mengajar tentang kasih sayang, dengan menjadi kasih sayang itu sendiri.
Daripada situ, dia menanam nilai empati dalam diri saya.
Tambahnya lagi, dia berhasrat untuk menerapkan nilai yang sama dalam kehidupan anak-anaknya.
Dan saya mahu menghidupkan nilai itu dalam anak-anak saya juga.
Tidak sempurna

Dalam hantaran berikutnya, pelantun lagu ‘Takleh Usik’ itu menegaskan bahawa dia tidak merujukkan perkara itu kepada sesiapa.
Malah mengakui ibunya juga bukan seorang yang sempurna.
Saya tak bercakap tentang sesiapa, dan ibu juga bukan seorang yang sempurna.
Tapi di mata dan di hati saya, dia cukup sempurna.
Sumber: Threads








