Segelintir ibu bapa cenderung meninggikan suara sebagai cara untuk mendidik anak namun hakikatnya pendekatan ini boleh memberi kesan negatif terhadap emosi dan perkembangan anak.

Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Tegas Didik Anak, Tak Mahu Terlalu Manja – ‘Saya Memang Garang, Ajar Dia Berdikari’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Detik Itu Saya Tahu Dia Jatuh Cinta Pada Al-Quran’ – Neelofa Kongsi Tips Didik Anak

Didik anak tanpa tinggikan suara

Memetik laporan Mandira, konsep ‘gentle parenting’ merupakan corak asuhan yang semakin popular dalam kalangan ibu bapa moden kerana menawarkan pendekatan yang lebih berhemah dan berperikemanusiaan.

Corak asuhan ini tidak menggunakan jeritan, ugutan mahupun hukuman fizikal, sebaliknya lebih menekankan pemahaman terhadap emosi anak serta membimbing mereka dengan penuh kasih sayang.

1. Validasi emosi anak

Jangan terus suruh anak diam bila dia menangis. Cuba dengar dan faham perasaan dia. Bila anak rasa difahami, dia lebih mudah belajar luah emosi dengan cara yang sihat.

2. Menggunakan bahasa yang positif

Tukar ayat larangan kepada arahan yang lebih lembut. Cara ini buat anak lebih senang terima tanpa rasa dimarahi.

3. Beri pilihan mengikut kesesuaian umur

Bagi anak pilihan kecil yang sesuai dengan usia dia. Ini buat dia rasa dihargai dan secara tak langsung belajar buat keputusan sendiri.

4. Tetapkan batas dengan konsisten

Gentle parenting bukan bermaksud tiada aturan. Batas tetap ada, cuma disampaikan dengan cara yang tenang dan lembut. Yang penting, konsisten supaya anak faham apa yang boleh dan tak boleh.

5. Ibu bapa menjadi contoh yang baik

Anak cenderung untuk belajar dari apa yang mereka nampak. Kalau kita nak anak sabar, ibu bapa perlu tunjuk sabar dulu. Kalau nak anak sopan, ibu bapa pun kena bercakap dengan sopan terlebih dahulu.

6. Guna sentuhan yang menenangkan

Kadang-kadang sentuhan yang penuh dengan kasih sayang seperti pelukan atau genggaman tangan lebih berkesan daripada bercakap. Sentuhan boleh bagi rasa selamat dan tenangkan emosi anak.

7. Fokus pada usaha, bukan semata hasil

Hargai usaha anak walaupun hasil belum sempurna. Ini bantu anak menjadi lebih yakin dan tak cepat putus asa.

8. Luangkan lebih banyak masa berkualiti bersama

Gentle parenting jadi lebih berkesan bila ada hubungan rapat. Luangkan masa untuk bermain atau berbual tanpa gangguan supaya anak rasa mereka penting dan disayangi.

Mendidik anak tanpa menjerit semestinya memerlukan kesabaran dan latihan.

Anak bukan saja lebih tenang, malah belajar untuk faham emosi dan komunikasi yang lebih sihat.

Sumber: Mandira