Di Sri Petaling, Kuala Lumpur seorang lelaki ditemui maut selepas terjun dari tingkat 16 sebuah kondominium.
Terjun bangunan
Gambar sekadar hiasan
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin, ketika kejadian lelaki berusia 60 tahun itu sedang bersendirian di rumah tanpa ditemani ahli keluarganya.
Isterinya yang baru sahaja pulang ke rumah, sempat melihat suaminya sedang berdiri di luar tingkap dan dia segera naik ke rumah bagi menghalang tindakan suaminya. Namun, sebaik sahaja dia masuk ke rumah, suaminya sudah terjun dari tingkat 16 dari kediaman mereka.
Hidap kanser tahap tiga
Foto: Kementerian Kesihatan Malaysia
Menerusi siasatan awal, mangsa mula berubah sikap selepas disahkan menghidap kanser usus tahap tiga. Sebelum ini, mangsa juga pernah mencuba menggantung diri dan merasakan dirinya tidak berguna lagi.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan kes ini diklasifikasian sebagai mati mengejut.
Fakta kanser usus
Foto: Kementerian Kesihatan Malaysia
Foto: Klinik Pertama Pontian
Sumber: Harian Metro, Klinik Pertama Pontian & Kementerian Kesihatan Malaysia