Seorang kanak-kanak yang dikenali James Kenneth Lindqueste, 3 tahun, meninggal dunia secara tidak sengaja kerana dia bertindak menembak dirinya sendiri. Kejadian ini berlaku pada Jumaat lepas.
Tertembak diri sendiri
Gambar sekadar hiasan
Insiden hitam itu terjadi apabila James terjumpa pistol yang disimpan di laci rumahnya di Aloha Oregon, Washington. James meninggal dunia akibat luka tembakan di kepalanya.
Anggota keluarganya yang panik bertindak menelefon 911, namun keadaan ketika itu sudah terlambat dan nyawa anaknya tidak dapat lagi diselamatkan. James meninggal dunia, selepas dua jam insiden tersebut.
Kini, pihak detektif masih menyiasat kematian budak kecil itu. Sehingga kini masih tiada sebarang tuduhan dibuat terhadap keluarganya.
Menurut Penny Okamoto, seorang pegawai keselamatan, menjelaskan pemilik senjata api itu sepatutnya bertanggungjawab memastikan ia disimpan dalam keadaan yang selamat.
Sumber: Mirror UK