Bagi pencinta kucing, si comel bukan setakat haiwan peliharaan tetapi merupakan teman di kala kesunyian. Aksi manja di comel mampu melepaskan tekanan selepas seharian sibuk bekerja.
Pendek kata, mereka adalah sebahagian daripada keluarga dan ikatan yang terbina adalah sangat erat. Seperti perkongsian ini, si comel seakan tahu tuan akan pergi meninggalkannya apabila langsung tidak mahu berenggang.
Sahabat saya baru dijemput Ilahi
Sahabat saya baru dijemput Ilahi pagi tadi. Alfatihah (dibaca). Kucing dia macam dah tahu tuan dia nak “tinggal” dia.
Macam tahu tuan nak tinggal dia
Menerusi perkongsian Rosmayani Din di laman Meowciked Official Group, sahabatnya baru sahaja dijemput Ilahi dan kucing peliharaannya seakan tahu hayatnya sudah tidak panjang.
Sahabatnya sebelum ini ada memuat naik ‘perangai’ si comel yang sedikit pelik apabila langsung tidak mahu berjauhan. Sampai sanggup tunggu tuannya ini di depan pintu tandas. Sebak!
Sumber: Rosmayani Din