![[VIDEO] ‘Ada Ibu Bapa Cuci Najis Anak Di Singki, Tukar Lampin Atas Sejadah & Di Meja Makan’ – Auntie Ja](https://asset.ohbulan.com/2026/05/auntie-ja2.jpg)
Pengusaha bisnes manisan popular Suka Dessert iaitu Auntie Ja, tampil mendedahkan sikap segelintir ibu bapa yang disifatkan tidak bertanggungjawab ketika menukar lampin bayi di premis perniagaannya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Auntie Ja Jawab Isu ‘Suka Dessert’ Tiada Sijil Halal
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Auntie Ja Jawab Tuduhan ‘Suka Dessert’ Guna Coklat Murah – ‘Penat Saya Bayar Mahal’
Teguran Auntie Ja
Menerusi hantaran di TikTok, Auntie Ja atau nama sebenarnya Siti Hajar Mohd Razali menegaskan bahawa ruangan untuk menukar lampin bayi tidak disediakan dan ibu bapa juga tidak dibenarkan berbuat demikian semasa mengunjungi premis tersebut.
Saya nak beritahu, di dalam area kawasan kedai saya tidak menyediakan tempat untuk ibu bapa menukar lampin bayi. Juga tidak dibenarkan untuk menukar lampin bayi di dalam kawasan kedai ini.
Sebenarnya saya faham sebab saya juga seorang ibu, dan ada seorang bayi kecil. Tapi saya terpaksa mengeluarkan kenyataan ini atas sebab-sebab yang tertentu.
Bagaimanapun, Auntie Ja berasa kesal apabila terdapat segelintir pengunjung yang bertindak menukar lampin bayi di tempat mencuci tangan, di surau dan atas meja makan.
Ada ibu bapa yang mencuci najis anak mereka di singki di tempat basuh tangan.
Saya rasa agak kurang sesuai untuk ibu bapa membersihkan bayi dan membersihkan najis di kawasan singki. Ada juga najis yang melekat di kawasan singki ataupun di kawasan-kawasan yang mereka bersihkan.
Ada ibu yang ambil sejadah, letak baby di atas sejadah dan menukar lampin. Maksudnya tanpa alas.
Jadi saya rasa benda tu tidak bersih sebab macam yang kita tahu sejadah adalah tempat untuk kita beribadat dan haruslah bersih dan bebas daripada najis.
Jangan terkejut, di kedai sebelum saya renovate, ada juga ibu bapa yang menukar lampin bayi di atas meja makan.
Menurut Auntie Ja, tindakan mereka telah menyebabkan kawasan premis berbau busuk dek kerena ibu bapa yang tidak menjaga kebersihan.
Selain itu, ada ibu bapa yang memandikan anaknya di dalam tandas. Macam yang sebelum ni saya terangkan, konsep di dalam tandas Suka Dessert, adalah kekal kering dan bersih.
Setiap kali ibu bapa menukar lampin bayi, terutama najis berat, staf terpaksa buang di tong sampah yang besar, bukan di tong sampah yang kecil sebab ia masih dekat dalam kawasan pembuatan dessert dan pembuatan makanan.
Lampin itu akan mengeluarkan bau yang kuat walaupun kita dah ikat mati dengan plastik masih mengeluarkan bau.
Menurut usahawan tersebut, buat masa ini dia tidak dapat menyediakan ruangan yang khusus untuk ibu bapa menukar lampin bayi berikutan tempat yang terhad.
Justeru, Auntie Ja meminta pengujung premis itu memahami situasi yang dialaminya dengan tidak melakukan tindakan seperti itu lagi demi keselesaan orang ramai.
Ini adalah kedai makan dan saya perlu pastikan sentiasa bersih.
Saya harap ibu bapa dapat faham keadaan ini dan saya terpaksa buat video sebab walaupun kita dah tulis notis, ada ibu bapa yang masih marahkan staf.
Sumber: TikTok








