Pengusaha manisan popular Suka Dessert iaitu Auntie Ja, akhirnya menyediakan tempat menukar lampin bayi selepas terdapat segelintir pengunjung yang didakwa tidak bertanggungjawab melakukannya di premis perniagaan tersebut.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ada Ibu Bapa Cuci Najis Anak Di Singki, Tukar Lampin Atas Sejadah & Di Meja Makan’ – Auntie Ja

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Auntie Ja Jawab Isu ‘Suka Dessert’ Tiada Sijil Halal

Auntie Ja sediakan tempat

View on Threads

Menerusi hantaran di Threads, Auntie Ja atau nama sebenarnya Siti Hajar Mohd Razali memaklumkan dia turut menyediakan tandas di ruangan tersebut untuk penggunaan pengunjung.

Saya sudah sediakan tempat untuk ibu bapa iaitu pelanggan Suka Dessert menukar lampin bayi mereka.

Dan tandas di sini juga sesuai untuk orang yang suka pakai tandas basah, tak suka tandas kering.

Menurut Auntie Ja, tempat penukaran lampin bayi berkenaan terletak tidak jauh dari kafe Suka Dessert dan pelanggan hanya perlu memberitahu staf jika mahu menggunakan ruangan tersebut.

Cuma, awak kena jalan sikit. Tak dekat sangat tapi tidak terlalu jauh dan perlu naik tangga.

Cakap je dekat staf, nak ke baby changing room, nanti staf bawa ke sana.

Bagaimanapun, Auntie Ja tetap menegaskan tentang larangan penukar lampin bayi di ruangan premis makanan.

Saya sediakan ini sebab dalam kafe Suka Dessert dan dine-in, tak dibenarkan menukar lampin bayi.

Terdahulu, Auntie Ja tampil meluahkan rasa kesal apabila terdapat segelintir pengunjung yang bertindak menukar lampin bayi di tempat mencuci tangan, di surau dan atas meja makan.

Tindakan mereka telah menyebabkan kawasan premis berbau busuk kerena sikap ibu bapa yang tidak menjaga kebersihan.

Sumber: Threads