Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi momen apabila menyertai International Sunrise TriFest @ Desaru 2026 bersama tunangnya, Bella Astillah serta dua anak, Ayden dan Ara.

Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Maklum Persiapan Nikah Berjalan Lancar, Tarikh Ijab Kabul Masih Rahsia – ‘Sebelum Akhir Tahun’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Bella Menyanyi Satu Malam Bersamaan Gaji Saya Sebulan’ – Syed Saddiq

Syed Saddiq kongsi momen dengan keluarga

Menerusi hantaran di TikTok Syed Saddiq, memaparkan penyertaan mereka dalam acara sukan lasak tersebut yang berlangsung di Desaru, sekali gus mencuri perhatian ramai.

Bella turut dilihat mengambil bahagian dalam acara berbasikal sebagai peserta relay, manakala Ayden dan Ara menyertai kategori masing-masing dalam acara sukan tersebut.

Bella kali pertama masuk relay bersama kawan-kawan dia. First time sertai perlumbaan, cycling sejauh 40km dan kena hadap cuaca panas terik dan course yang berbukit-bakau. 

Yet she took up the challenge and came out triumphant. Siap dapat 3rd place dalam kategori relay dengan her teammates.

Namun begitu, Syed Saddiq berkata saat paling bermakna bukanlah pada pencapaian tersebut, sebaliknya apabila keluarga hadir memberi sokongan

Jelasnya, kebahagiaan sebenar bukan terletak pada harta atau status, tetapi melalui hubungan keluarga yang saling menguatkan antara satu sama lain.

Tapi yang paling bermakna hari ini bukan result saya, tapi family.  Saya tengok semua ini dan saya sedar satu perkara. Kebahagiaan bukan sekadar tentang wang, status dan pangkat. 

Tetapi tentang keluarga, hadir dan saling memberi sokongan antara satu sama lain.

Sumber: TikTok Syed Saddiq