
Pelakon Datin Intan Najuwa mengumumkan dirinya bakal menimang seorang lagi cahaya mata perempuan.
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Terima Mesej Marah Gara-Gara Tak Mahu ‘Preloved’ Baju Anak – ‘Setiap Helaian Ada Memori Buat Saya’
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Beli Barangan Runcit Setiap Dua Minggu – ‘Ayam Beli Lapan Ekor, Rumah Hari-Hari Macam Kenduri’
Intan Najuwa kongsi jantina bayi
Menerusi hantaran di Instagram, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid berkongsi momen sekitar majlis baby shower dan gender reveal yang diadakan untuk anak keduanya itu.
Dalam kapsyen hantaran berkenaan, pelakon drama Racun Rihanna itu meluahkan rasa syukur dan teruja apabila bakal sekali lagi bergelar ibu kepada seorang lagi cahaya mata perempuan.
Saya rasa, saya memang dilahirkan untuk jadi ‘girl mom’. Hati saya penuh dengan rasa bahagia.
Berkongsi lanjut, Intan mengakui sejak dahulu lagi dia sememangnya meminati perkara yang melibatkan anak perempuan termasuk aksesori, pakaian dan sebagainya.
Saya memang dari dulu suka sangat benda berkaitan anak perempuan warna pink, reben, gaun. Sekarang saya dapat lalui semuanya sekali lagi.
Good luck daddy, seorang lagi anak perempuan bakal sertai keluarga kami. Lagi ramai ‘mini saya’. Baby dijangka lahir pada zodiak Leo, sama seperti saya.
Sementara itu, Intan juga mengakui teruja untuk melihat anak sulungnya, Imane Lunara yang bakal bergelar seorang kakak tidak lama lagi.
Seorang adik perempuan untuk Lunara. Tak sabar nak hias bilik dia, beli barang bayi perempuan lagi dan tengok Lunara jadi kakak yang paling penyayang.
Terdahulu, sekitar Februari lalu Intan mengumumkan bakal menimang zuriat yang kedua menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada Ogos 2023. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak perempuan iaitu Lunara pada 15 Disember 2024.
Sumber: Instagram Intan Najuwa








