Polis menjalankan siasatan berhubung kenyataan dimuat naik seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Ho Ruey Terng yang menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan perkataan-perkataan kesat. Perkara itu turut menimbulkan kemarahan netizen dan mendapat perhatian pihak polis.
Hina Agong
Ketua negara kita tak boleh buat apa-apa semasa pandemik. Hanya tahu guna tax orang saja.
Dalam posting tersebut, individu itu mendakwa baginda Yang di-Pertuan Agong gagal mencari penyelesaian pandemik koronavirus (Covid-19) dan hanya mengaut keuntungan dalam politik. Malah lebih teruk dia turut menyentuh isu perkauman dan agama dengan mengeluarkan kata-kata kesat yang tidak sepatutnya dilontarkan sebagai rakyat Malaysia.
Kertas siasatan terhadap pemilik akaun itu telah dibuka kerana memuat naik hantaran menghina Agong. Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Menurut Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, pihaknya giat menjalankan siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Perkara ini membuatkan ramai naik angin dan berharap agar pihak polis ambil tindakan sewajarnya. Tak kurang juga yang menggesa pihak polis agar membuang kerakyatan bagi individu yang berani menghina Yang di-Pertuan Agong.
Mohon jangan berlembut
Orang ramai turut berharap agar pihak polis tidak lagi berlembut dengan individu seperti ini memandangkan ini bukan kali pertama. Perkara ini dilihat berulang kerana tiada tindakan keras dilakukan kepada mereka.
Buang terus kerakyatan
Walau bagaimanapun, individu terbabit mengaku tidak bersalah dan mendakwa akaun Facebook miliknya sudah digodam (hack). Dia turut memaklumkan akan membuat laporan polis secepat mungkin.
Sumber : Sinar Harian