Seorang lelaki berhadapan saat cemas apabila digigit seekor buaya yang mengakibatkan dia cedera parah dikaki kanan. Kejadian ini terjadi di Ladang Trusan. Lawas, Sarawak.
Sedang mengait buah
Foto: Sufri Yusop
Menurut sumber, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.40 pagi semalam, ketika mangsa Sulu Maralang, 46, yang bekerja sebagai pekerja ladang sedang leka mengait buah kelapa sawit di tepi parit ladang tersebut. Mangsa telah dibawa ke Hospital Lawas bagi mendapatkan bantuan kecemasan.
Sulu ketika itu dibawa menggunakan kenderaan syarikat ke hospital bagi pemeriksaan lanjut. Manakala, buaya yang bertindak menyerang mangsa telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung.
Sempat cucuk mata buaya
Foto: Sufri Yusop
Menurut Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Roslan Leman, mangsa berjaya melepaskan diri dengan mencucuk mata buaya menggunakan jarinya dan sempat naik ke tepi daratan.
Akibat gigitan ganas buaya itu, paha kiri mangsa disahkan terkoyak dan mendapat rawatan yang selanjutnya di hospital.
Sumber: Sufri Yusop