![[VIDEO] Nick Mikhail Sekat Nombor Telefon Aliff Aziz, Undur Diri Jadi ‘Brotherhood’ – ‘RM1,500 Saya Anggap Sedekah’](https://asset.ohbulan.com/2026/06/nick-mikhail.jpg)
Pelakon dan usahawan Singapura, Nick Mikhail Razak mengakui telah menyekat nombor telefon Aliff Aziz selepas penyanyi itu didakwa membatalkan persembahan pada saat akhir bagi majlis pelancaran produk milik isterinya, personaliti media sosial King Coco, pada Ahad.
Artikel Berkaitan: Nick Mikhail Kecewa Aliff Aziz Batalkan Persembahan Saat Akhir – ‘Deposit 50 Peratus Masih Tak Pulangkan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Aziz ‘Shooting’ Bersama Acha Septriasa, Netizen Beri Reaksi Positif – ‘Terus Maju, Jangan Pandang Belakang’
Nick Mikhail ‘block’ Aliff

Ketika ditemui OhBulan!, Nick Mikhail berkata dia enggan mendengar sebarang penjelasan daripada Aliff kerana bimbang akan mengubah pendiriannya terhadap perkara tersebut.
Bagaimanapun, menurut Nick Mikhail, Aliff difahamkan ada menghubungi pengacara Roslan Shah untuk menyampaikan permohonan maaf.
Saya tak mahu dengar apa-apa alasan sebab kalau saya dengar, mungkin saya akan jadi lebih marah atau akhirnya memaafkan dia.
Kalau suatu hari nanti hati saya terbuka, mungkin saya boleh maafkan dia, tetapi saya rasa saya tak akan lagi berada di belakang dia seperti sebelum ini.
Nick Mikhail berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk IAmCoco yang berlangsung di W Hotel, Kuala Lumpur.
Halalkan RM1,500

Mengulas mengenai deposit RM1,500 yang didakwa masih belum dipulangkan, Nick Mikhail berkata wang tersebut bukan lagi menjadi isu utama. Sebaliknya, dia lebih terkilan dengan tindakan individu yang disifatkannya seperti adik sendiri.
RM1,500 itu bukan soal besar. Kalau tak dipulangkan pun saya anggap sedekah. Ramai suruh saya saman atau ambil tindakan undang-undang sebab semuanya ada dalam WhatsApp.
Tapi saya tak mahu tutup periuk nasi orang. Saya cuma mahu orang tahu apa sebenarnya yang berlaku dan kenapa Aliff tak membuat persembahan pada majlis ini.
Dalam pada itu, Nick Mikhail turut meluahkan kebimbangannya terhadap sikap pelantun lagu Sayang Sayang yang dikhuatiri boleh menjejaskan perjalanan karier seninya yang kini kembali mendapat perhatian.
Kalau dia bawa sikap begini, saya tak rasa saya boleh lagi berdiri di belakang dia. Saya cuma fikir, kalau dengan saya dia bersikap begini, macam mana dia mahu bertahan?
Terdahulu, Nick Mikhail meluahkan rasa berang selepas mendakwa Aliff membatalkan persembahan pada saat akhir walaupun tempahan telah dibuat sejak 19 Mei lalu dan deposit sebanyak RM1,500 sudah pun dibayar.







