
Sebuah NGO pengurusan van jenazah di Melaka menjadi perhatian selepas tular dakwaan di media sosial mengenai kutipan bayaran yang didakwa tidak selaras dengan perjanjian awal.
Artikel Berkaitan: Jenazah Lewat Kebumi: JAIS Nafi Masjid Tuntut RM1,400, Dakwa Borang Pengebumian Dipalsukan
Artikel Berkaitan: Jangan Salah Urus! Ini Cara Betul Menganyam Rambut Jenazah Wanita Mengikut Sunnah Nabi
‘Mana pergi belas kasihan?’

Perkara itu dikongsikan oleh aktivis sosial dan pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Cai menerusi Facebook, yang mendakwa keluarga kepada jenazah kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun pada awalnya dimaklumkan perkhidmatan adalah percuma.
Namun, beberapa hari kemudian, waris didakwa dihubungi semula dan diminta memberikan sejumlah bayaran.
Jenazah kanak-kanak perempuan 11 tahun pun korang boleh tipu ambil duit. Di Hospital korang maklumkan pada waris perkhidmatan korang percuma.
Kononnya korang ihklas tak perlu bayar apa-apa. Selepas seminggu korang boleh mesej bapa arwah minta duit.
Bila bapa arwah pertikaikan pasal perjanjian awal adalah percuma. Korang putar belit pula bayaran tu atas nama sumbangan dan infaq.
Dalam pendedahan sama, Wan Cai turut meluahkan rasa tidak puas hati serta menggesa isu itu diberi perhatian lanjut.
Yang aku jadi tak puas hati sekarang kenapa sumbangan yang korang tetapkan tu ada nilai?
Macam mana korang tergamak menipu ibu bapa yang sedang kematian anak perempuannya? Korang tahukan jenazah yang korang bawa masa tu baru berusia 11 tahun? Mana pergi belas kasihan korang time tu?
Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak NGO yang dikaitkan dengan dakwaan berkenaan.
Sumber: Facebook Wan Chai








