![[VIDEO] ‘Mak Mentua Tetap Mak Mentua, Walau Putus Hubungan Suami Isteri’ – Dr Afifah Doakan Kesihatan Mak Jenny](https://asset.ohbulan.com/2026/07/dr-fie2.jpg)
Bekas isteri kepada Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek turut bersedih selepas mengetahui tentang keadaan ibu mentuanya, Mak Jenny yang sedang berdepan dengan masalah kesihatan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Walau Dalam Tempoh Singkat, Semua Boleh Dilaksanakan’ – Dr Afifah Syukur Urusan Pindah Rumah Dipermudah
Artikel Berkaitan: Dr Afifah Didakwa Langgar Tiga Perintah Mahkamah, Nubhan Sedia Tarik Balik Dengan Bersyarat
Doa untuk Mak Jenny
Menerusi temu bual bersama Sinar Plus, Dr Afifah berkata, hubungannya dengan ibu mentua sama sekali tidak akan pernah putus meskipun dia dan Nubhan tidak lagi bergelar suami isteri.
Saya ada tengok di sosial media, Mak Jenny jatuh dan mengalami keretakan.
Saya doakan, tapi saya tak sempat nak berjumpa atau bersua muka, walaupun putus hubungan sebagai suami isteri tetapi mak mentua tetap mak mentua.
Justeru itu, Dr Afifah akan sentiasa mendoakan agar Mak Jenny diberikan kesembuhan daripada masalah kesihatan yang dialami ketika ini.
Allah tahu, doa saya sentiasa dengan mak.
Sebelum ini pun pernah dia jatuh dan saya pernah bersama-sama denganya di hospital. Jadi, saya tahu bukan mudah untuk menjaga orang tua.
Dalam masa yang sama, Dr Afifah atau mesra disapa Dr Fie, berharap agar Nubhan dapat menjalankan amanahnya sebagai anak untuk sentiasa menjaga ibu tercinta dengan baik.
Saya doakan agar Mak Jenny cepat sihat. Semoga Nubhan dapat jaga mak dengan baik, mungkin inilah peluang untuk dia menjaga mak tanpa perlu fikir benda lain.
Anak-anak saya boleh fikirkan, jadi doa banyak-banyak supaya mak sihat, sembuh seperti dulu. Saya nak dengar lagi suara mak di media sosial.
Terdahulu, Nubhan berkongsi di media sosial dengan memaklumkan bahawa ibunya terjatuh dan mengalami keretakan tulang.
Untuk info, Nubhan, 39, sah bercerai dengan Afifah, 35, pada 2 Disember lalu.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan hidup bersama selama 10 tahun. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille, 3.
Sumber: Sinar Plus








