Di sebalik kemelut keluarga yang sedang berlaku, suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Faizal Zakaria tampil berkongsi luahannya tentang jerih perih yang dilalui aktres itu.

Artikel Berkaitan: ‘Menangis Sampai Terkencing… Bersalin Dalam Kereta, Ada Dia Peduli?’ – Abby Abadi Trauma, Diuji Sejak Hamil Anak Pertama

Artikel Berkaitan: Abby Abadi Titip Doa & Ucapan Sempena ‘Birthday’ Marissa – ‘Api Dalam Sekam Di Mana-Mana, Jangan Berulang Lagi’

Perkongsian suami Abby

@jaifaizal_147

Bila sebut Abby Abadi, siapa yg tak kenal, siapa yg tak tahu…dlm pelbagai pujian telah terselit cacian, tp tak pa sentiasa maafkan sbb mereka mingkin tak kenal dan tak pernah berada dlm circle ini. Sayang @abbyabadi.exclusive saya tahu mcmana remuknya hati dan perasaan sayang, keluhan yg sentiasa dipendam, walaupun sentiasa senyum tapi saya tahu hati sayang sentiasa menangis, luka yg tidak akan hilangnya parut. Sayang…saya sentiasa doakan sayang hingga akhir hayat saya..kalaulah masalah beban itu boleh dipindah…saya nk tanggung segala beban sayang tu…saya nk sayang happy, tiada sedih dan biar hidup sayang sentiasa happy, iya saya bukan insan yg nmpk hebat diluar tapi saya tetap jadi hebat untuk sayang…saya tak peduli apa org kata tentang saya, biar saya nmpk hebat depan sayang. Saya nk kita tua sama2 Cuma saya takut kalau Allah panggil saya pulang lebih awal dr sayang, siapa yg akan akan dengar segala apa yg sayang hadapi, sentiasa ada dikala sayang sedih..sentiasa peluk utk tenangkan sayang…Saya takut sgt2, sbb saya tahu tak ada sesiapa pun. Moga anak3 Daiyan Dayana Darda menjadi peneman dan penenang sayang dikala sedih nnt, berbualkan dengan mereka…merekalah penganti saya nnt. Apa2 pun kita doakan, kalau tiba Allah nk panggil kita pulang biarlah bersama2… Semua org Sayang…sayang, ni ada wasap Ma semalam… “Long. Ma simpati dgn nasib Abby.. Tapi apa yg ma harapkan hanya sabar dan mengadu dgn Allah sahaja Itu yg terbaik Ma harap agar long jagalah dia sebaik mungkin. Jangan sakiti hatinya.. Ma pun akan menyayanginya seperti anak ma sendiri..” Ya Allah, sesungguhnya akulah saksi segalan apa pengorbanan yang dilakukan Isteriku sepanjang hayatku bersamanya, bagaimana ia pelihara solatnya, auratnya segalannya untukMu Ya Allah. Bagaimana gembira dan kesedihannya hanya untuk org lain, bukan utk dirinya sendiri..segala kesusahan kesulitan hanya utk org lain, besarnya pengorbanannya Ya Allah. Aku mohon padaMu Ya Allah..tunaikan setiap apa yang diinginkan..permudahkanlah dan tempatkannya nnti di Syurga tertinggi Mu Ya Allah. Sayang ada saya dan anak3….bila tiba masanya kita pergi jauh, jom kita hijrah. Ada masanya tempatbkita duduk ini sudah tidak sesuai untuk kita.

♬ original sound – JaiFaizal Official – JaiFaizal Official

Menerusi hantaran di TikTok, Faizal berkata, dia memahami perasaan yang sedang dialami oleh Abby terutama apabila kisah keluarga mereka sering menjadi sorotan ramai sehingga ada yang sanggup yang melemparkan tomahan kepada isterinya.

Bila sebut Abby Abadi, siapa yang tak kenal. Dalam pelbagai pujian, terselit juga cacian. Tak mengapa, sentiasa maafkan mereka sebab mungkin mereka tak kenal dan tak pernah berada dalam ‘circle’ ini.

Sayang, saya tahu macam mana remuknya hati dan perasaan sayang. Keluhan yang sentiasa dipendam.

Walaupun sentiasa senyum, saya tahu hati sayang sentiasa menangis. Luka yang tidak akan hilangnya parut.

Sedih melihat situasi yang dihadapi suri hatinya itu, Faizal berjanji akan tetap berada di samping Abby, malah sanggup menanggung beban bersama.

Saya sentiasa doakan sayang hingga akhir hayat saya. Kalaulah segala beban itu boleh dipindah, saya nak tanggung. Saya cuma nak sayang gembira dan tak bersedih lagi.

Saya bukan insan yang nampak hebat di luar tetapi saya tetap menjadi hebat untuk sayang.

Saya takut kalau Allah panggil saya pulang lebih awal daripada sayang. Siapa yang akan dengar segala apa yang sayang hadapi, sentiasa ada ketika sayang sedih dan memeluk untuk tenangkan sayang.

Moga anak-anak, Daiyan, Dayana dan Darda menjadi peneman serta penenang sayang dikala sedih nanti. Merekalah pengganti saya.

Dalam pada itu, Faizal juga memanjatkan doa kepada Allah SWT agar setiap pengorbanan yang dilakukan oleh Abby menerima balasan yang baik dan urusannya sentiasa dipermudahkan.

Ya Allah, sesungguhnya akulah saksi segala pengorbanan yang dilakukan isteriku sepanjang hayatku bersamanya. Bagaimana dia menjaga solatnya, auratnya dan segala-galanya kerana-Mu.

Bagaimana gembira dan kesedihannya hanya untuk orang lain, bukan untuk dirinya sendiri. Segala kesusahan kesulitan hanya untuk orang lain, besarnya pengorbanannya Ya Allah.

Aku mohon padaMu Ya Allah, tunaikan setiap apa yang diinginkan, permudahkanlah dan tempatkannya nannti di syurga tertinggiMu Ya Allah.

Sayang ada saya dan anak-anak, bila tiba masanya kita pergi jauh, jom kita hijrah. Ada masanya tempat kita duduk ini sudah tidak sesuai untuk kita.

Terdahulu, hubungan antara Abby dengan anak keduanya iaitu Marissa Dania didakwa sedang bermasalah apabila aktres tersebut dikhabarkan tidak menghadiri ke majlis sambutan hari lahir puterinya itu.

Pemilik nama, Arbaiyah Abdul Manan, 49, itu juga mendedahkan trauma yang pernah dialaminya ketika perkahwinannya yang terdahulu.

Marissa bagaimanapun, menafikan spekulasi segelintir pihak yang mendakwa dia sering mengetepikan ibu kandungnya.

Sumber: TikTok