Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat berkongsi bahawa suaminya, iaitu Nabil Mahir, sememangnya seorang yang sangat gemar melayan serta menjaga kanak-kanak.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ayda Jebat Menangis Hantar Anak Hari Pertama Sekolah, Siap Tunggu Dalam Kereta – ‘Ingatkan Kental, Rupanya Tidak’

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Dibuat Main Bab Suami Pandai Jaga Anak, Selalu Bila Masuk Bilik Baby Di Mall Penuh Golongan Ayah’ – Ayda Jebat

Nabil suka layan kawan anak-anak

Menerusi satu hantaran di Threads, Ayda atau nama lengkapnya, Nur Suhada Jebat, 34, berkata suaminya bukan sahaja menyayangi dan melayan zuriat mereka dengan penuh kasih sayang, malah turut mesra dengan kanak-kanak lain seolah-olah mereka juga darah dagingnya.

Suami saya memang suka betul jaga anak, bukan anak sendiri je, anak orang lain pun dah macam anak dia.

Menurut Ayda, dia berasa kagum melihat tenaga yang dimiliki suaminya ketika bermain dan meluangkan masa bersama kanak-kanak.

Mana dia dapat energy.

Penat kalau tengok dia berlari-lari dengan budak-budak.

Sampai anak kawan kita pun tak nak balik, mak ayah suruh tukar bin ke binti kau nak dengan Ahmad Nabil.

Dalam masa sama, ibu kepada tiga cahaya mata itu turut berseloroh meminta suaminya supaya bersabar sekiranya mahu menambah zuriat kerana dia masih trauma dengan pengalaman jahitannya terbuka selepas melahirkan anak.

Tolong bersabar nak tambah anak, saya masih trauma jahitan terbukak.

Untuk info, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Ana Nayla dan Aali Mateen sebelum kehadiran anak ketiga, Anggun Mikayla pada 26 Januari lalu.

Sumber: Threads