Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat berkongsi pandangan bahawa pada masa kini semakin ramai golongan bapa yang mahir dalam menguruskan anak.

Artikel Berkaitan: ‘Nabil Take Over Jaga Baby, Ada Suami Bantu & Menyenangkan Isteri Satu Rezeki’ – Ayda Jebat

Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Bawa Anak Keluar Beraya Hanya Selepas Cecah Usia Setahun – ‘Sebenarnya Bukan Dari Segi Kesihatan Saja..’

Cekap uruskan keperluan anak

Menerusi perkongsian di Threads, Ayda Jebat atau nama sebenarnya Nur Shuhada Jebat, 34, menyifatkan golongan bapa kini semakin cekap mengurus keperluan anak tanpa kekok, terutama apabila dilihat di bilik bayi di pusat beli-belah.

Jangan dibuat main bab suami pandai jaga anak.

Sebenarnya golongan ayah memang mahir uruskan anak, lebih-lebih lagi zaman sekarang.

Cuba tengok bila masuk bilik baby di mall, penuh dengan ayah yang tukarkan lampin, bancuh susu dan jaga anak.

Benda itu dah jadi normal, tak pelik pun.

Apa yang golongan bapa boleh buat, mereka buat.

Dan apa yang golongan ibu boleh buat, sudah tentu kita juga jalankan peranan kita.

Cara tersendiri

Dalam hantaran berikutnya, ibu kepada tiga orang anak itu menegaskan bahawa terdapat beberapa perkara lebih sinonim dengan peranan ibu.

Antaranya ialah mengurus pakaian keluarga dan keperluan anak, termasuk memilih saiz serta gaya baju dan menidurkan mereka dengan lebih mudah dan cepat berbanding bapa.

Geng mak memang power bab sediakan baju untuk keluarga.

Kalau keluar, mesti nak semua sedondon, warna pun kena match!

Bab ini selalunya suami memang tak ambil kisahn kita bagi apa, dia pakai.

Geng mak juga bijak pilih baju anak ikut saiz yang betul.

Kalau suami yang beli, selalunya jadi sama ada terlalu kecil atau terlalu besar.

Mungkin warna hitam je semua, siap tema Spiderman lagi .

Bab tidurkan anak pula, kadang-kadang berjam suami dukung, terhuyung-hayang cuba pujuk.

Tapi bila pass dekat kita, lima minit je anak terus lena.

Bagaimanapun, Ayda turut menegaskan bahawa setiap keluarga mempunyai cara tersendiri dan orang ramai tidak seharusnya membuat penilaian.

Tak pelik pun, memang ramai geng mak dan geng bapak macam ini.

Jadi, kita ambil positif sahaja ya.

Setiap orang berbeza, cara uruskan hidup, anak, rumah tangga semuanya berbeza.

Suami pun berbeza.

Yang penting, kita saling faham dan hargai peranan masing-masing.

Sumber: Threads