Ibu saudara kepada mangsa tikaman di sebuah sekolah di Banting, Selangor tampil memberikan respon terhadap kejadian tersebut.

Artikel Berkaitan: ‘Jika Ada Dakwaan Dia Membuli, Saya Rasa Tidak Mungkin Berlaku’ – Bapa Mangsa Serah Siasatan Kepada Polis

Artikel Berkaitan: ‘Dia Tak Sempat Lari’ – Bapa Mangsa T*kaman Di Sekolah Banting Dedah Keadaan Anak, Percaya Bukan Sasaran Suspek

Ibu saudara mangsa

Menerusi panggilan bersama Kool FM, wanita yang dikenali sebagai Syafura itu memaklumkan keadaan terkini pelajar Tingkatan Tiga tersebut selepas dilaporkan cedera parah setelah ditikam sebanyak 16 kali.

Sekarang ini mangsa dalam keadaan stabil.

Tapi banyak tikaman yang dia kena dan yang paling teruk di bahagian paru-paru iaitu di sebelah kiri.

Ketika kejadian, dia duduk membelakangi (suspek) sebab tu dia tak sempat dan terus kena tikam.

Dekat bahagian belakang dia kena dalam lapan ke sembilan tikaman. Di bahu kiri dan kanan, bahagian depan dan muka.

Menurut Syafura, buat masa ini ahli keluarga masih belum dibenarkan untuk bertemu mangsa berikutan trauma yang dialami dan kes masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Saya rasa mereka hanya kenal begitu sahaja, tapi kami tak dapat nak jumpa dia lagi sebab dia masih dalam trauma.

Semalam keluarga pun tak boleh nak jumpa kerana masih kes polis.

Jelas Syafura lagi, difahamkan anak saudaranya bukan pembuli seperti yang didakwa namun keluarga mereka memilih untuk tidak menyalahkan suspek atas perbuatannya.

Saya difahamkan oleh pihak sekolah, dia bukanlah seorang pembuli dan kes itu tidaklah seperti yang dikatakan oleh netizen di bahagian komen.

Tapi kami sendiri tidak menyalahkan atau marah kepada pihak yang menikam sebab kita faham dia pun ada masalah.

Dalam kejadian yang berlaku pada Isnin, anak saudaranya yang merupakan pelajar berusia 15 tahun dilaporkan ditikam antara 14 hingga 16 kali pada bahagian muka dan belakang badan sehingga menyebabkan kecederaan yang menembusi paru-paru.

Susulan kejadian itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang disahkan peguamnya menghidap autisme telah direman selama empat hari sehingga Jumaat bagi membantu siasatan polis.

Sumber: Kool FM