
Pelakon Datin Almy Nadia menyorot perhatian apabila dilihat mengunjungi sebuah klinik untuk mengikuti program kesihatan.
Artikel Berkaitan: Fizz Fairuz Umum Undur Diri Jadi Penyampai Radio, Almy Nadia Titip Ucapan Semangat – ‘Percaya Rezeki Ada Di Mana-Mana’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Almy Nadia Seronok Makan ‘Shell-Out’, Netizen Prihatin Fasal Kesihatan Diri – ‘Anak-Anak Masih Kecil’
Comeback?
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Almy atau nama penuhnya Ungku Almy Nadia Aminuddin mendedahkan dirinya pertama kali mengunjungi klinik kecantikan selepas 11 tahun.
Menurut Almy, dia menyertai sebuah program kesihatan yang memberi tumpuan kepada pemantauan aspek pemakanan dan rutin senamannya.
Gementar sikit dah 11 tahun, nak kembali macam dulu.
Tujuan saya datang sini untuk masuk program kesihatan.
Mereka akan pantau saya A to Z, makan, minum dan senaman.
Dalam pada itu, Almy menyatakan hasratnya untuk kembali seperti dahulu dengan perubahan yang dijangka dapat dilihat seawal tempoh tiga bulan.
Kalau nak tunggu, lagi tiga bulan. Lepas itu baru nampak hasil.
Selepas 11 tahun, ini klinik pertama yang saya datang untuk ‘kembali’.
Netizen excited




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja untuk melihat imej baru pelakon berusia 41 tahun itu kembali langsing.
Sumber: TikTok @belleclinic @zarasyaabella








