
Baru-baru tular satu video memaparkan tiga beradik dari Uttar Pradesh, India berkahwin dengan lelaki sama.
Tiga beradik kahwini lelaki sama

Tiga beradik tersebut iaitu Saroj, 20, Savitri, 19, dan Santosh, 18, yang juga merupakan pencipta kandungan media sosial, berkahwin dengan jurukamera mereka, Vikas Khadakvanshi, 20, pada 17 Julai lalu.
Saroj menjelaskan mereka membuat keputusan untuk berkahwin dengan lelaki sama kerana tidak mahu berpisah selepas masing-masing mendirikan rumah tangga.
Kami sudah hidup bersama sejak kecil dan tidak mahu berpisah selepas berkahwin. Apabila menyedari perkahwinan mungkin memisahkan kami, kami pernah terfikir untuk mengakhiri hidup.
Namun kami memilih untuk terus bersama dan berkahwin dengan seorang lelaki.
Difahamkan, Vikas telah bekerja sebagai jurukamera mereka sejak enam bulan lalu dan sering memainkan watak sebagai suami dalam kandungan media sosial yang dihasilkan bersama.
Saya tahu mereka sangat rapat dan berkali-kali menyatakan tidak mahu hidup berasingan selepas berkahwin.
Saya menghormati perasaan mereka dan bersetuju kerana mahu mereka terus bersama. Kami membuat keputusan ini atas persetujuan bersama dan berharap orang ramai menghormatinya.
Perkahwinan tak sah?

Susulan kritikan yang diterima, tiga beradik itu turut membandingkan tindakan tersebut dengan kisah Raja Dasharatha dalam epik Hindu Ramayana yang mempunyai tiga permaisuri.
Kami tidak melakukan sebarang kesalahan. Kami semua sudah dewasa dan membuat keputusan sendiri.
Bagaimanapun, perkahwinan itu kini disiasat pihak berkuasa selepas mendakwa Santosh sebenarnya masih bawah umur dan bukan berusia 18 tahun seperti yang dinyatakan.
Peguam Mahkamah Tinggi Allahabad, Anurag Pandey berkata, perkahwinan tersebut tidak diiktiraf di sisi undang-undang di bawah Akta Perkahwinan Hindu.
Menurutnya, undang-undang Hindu tidak membenarkan seorang lelaki berkahwin dengan lebih daripada seorang wanita pada masa yang sama, sekali gus menyebabkan perkahwinan itu tidak sah.
Sementara itu, pengurus Kuil Chamunda Mata, Dr Shivcharan Das menjelaskan tiada sami hadir ketika upacara tersebut berlangsung kerana kuil berkenaan sedang menjalani kerja pengubahsuaian.
Susulan itu, pihak polis telah mengambil keterangan daripada keempat-empat individu terbabit serta ahli keluarga masing-masing.
Sumber: Newsgram







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)