Sebut saja nama Rozita Che Wan atau Che Ta pasti semua sudah mengenali selebriti ini yang popular dari segi gaya hidup dan penampilannya yang luar biasa. Walaupun usianya hampir mencecah 50-an tetapi masih kelihatan jelita dan menawan umpama ‘anak dara’.
Terbaru, Che Ta menerusi akaun Instagram ada memuatnaik beberapa foto dan video sempena ulang tahun perkahwinan bersama suami tersayang, Zain Saidin.
Majlis berarak
View this post on Instagram
Pasangan merpati dua sejoli, Rozita Che Wan dan Zain Saidin telah mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 yang lalu di Gazebo, Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam. Pada 11 Disember 2020 (semalam), genaplah tujuh tahun pasangan ini melayari bahtera perkahwinan mereka.
Sama cantik sama padan
Boleh dikatakan hampir setiap tahun Che Ta dan suami akan menyambut ulang tahun perkahwinan mereka dengan memakai pakaian sedondon seperti pasangan pengantin. Malah, mereka turut melakukan ‘photoshoot’ dan hasilnya sangat luar biasa. Memang romantis lah! Namun, sambutan ulang tahun perkahwinan mereka pada tahun ini bertemakan songket berwarna hijau.
Cantiknya Che Ta!
Sementara itu, Che Ta memuatnaik gambar berserta beberapa kapsyen dengan meluahkan rasa syukur dengan kebahagiaan yang terbina.
Tema tradisional
Happy Anniversary Che Ta dan Zain
Sumber: Rozita Che Wan