Di Instagram, pelakon, Datin Almy Nadia, dipercayai meluahkan kemarahan kepada sebuah pihak produksi yang membatalkan tawaran berlakon suaminya iaitu Datuk Fizz Fairuz, di saat akhir.
Menurut Almy, suaminya sanggup menolak tawaran lain demi memberikan tumpuan sepenuhnya kepada produksi tersebut memandangkan mereka sudah berjanji sejak awal Disember lalu.
Dah bagi jadual awal
Menerusi posting di Instagram Story, Almy memberitahu bahawa pihak produksi tersebut telah menukar tarikh ‘shooting’ iaitu pada bulan Januari nanti. Susulan daripada itu, Almy mendakwa suaminya sudah menolak kesemua tawaran yang lain. Tambahnya, mereka telah memberi jadual lebih awal untuk menetapkan tarikh agar penggambaran 30 episod tersebut dapat dijayakan.
Sedih tengok suami kena game
Sebagai seorang isteri, Almy mengakui dia berasa sedih melihat suaminya dipermainkan dan diperlakukan dengan tindakan yang tidak wajar. Jelasnya lagi, dia tidak mahu suatu masa nanti ada segelintir individu mengatakan bahawa suaminya enggan mengambil tawaran berlakon tersebut kerana mempunyai tawaran yang lain.
Sumber: Almy Nadia