Bukan mudah sebenarnya untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu kan? Kalau dah saban hari duduk terperap di rumah, memang boleh stress jadinya! Menatap dinding je, ilham pun tak kunjung tiba.
Walaupun ada yang berpendapat bahawa berkerja dari rumah, bermesyuarat mahupun belajar cara maya mungkin lebih menyenangkan, tapi realitinya sungguh berbeza.
Ada pelbagai faktor yang menjadikan korang kurang bertenaga dan tiada fokus semasa menjalani rutin seharian di rumah. Ah! Macamana nak kekal cergas dan bertenaga ni?
Bagi korang yang bekerja dari rumah, mungkin pada mulanya akan ‘happy’ sebab tak perlu bersesak ke pejabat. Tak payah isi minyak ataupun bayar tiket train!
Namun, lama kelamaan korang sedar bahawa bekerja dari rumah juga mempunyai cabaran tersendiri seperti tidak mampu fokus lama, kesunyian kerana kurangnya komunikasi antara manusia dan masa kerja yang lebih lama.
Kadang-kadang tak sedar masa berjalan, tau-tau je dah malam. Masa berkualiti bersama keluarga pun berkurangan.
Untuk pelajar pula, cabarannya lebih daripada segi infrastruktur yang kurang kondusif bagi menjalani proses pembelajaran yang selasa tanpa gangguan sekitar. Hey, wake up!
Perlu sentiasa ‘connected’
Ya. Korang jangan duduk bersendirian dan mengasingkan diri. Bukan sahaja tak sihat untuk mental, malahan korang akan semakin ‘demotivated’. Maka, korang harus sentiasa berhubung dengan dunia luar.
Telefonlah keluarga ke sahabat handai ke ataupun kawan-kawan pejabat untuk bersembang. Sedikit sebanyak ia mampu menenangkan jiwa korang.
Jadi aktif dan ambil diet sihat!
Tidak bermaksud kalau duduk di rumah, korang perlu jadi lemau sepanjang masa. Lakukan senaman ringan seperti yoga dan zumba supaya tubuh badan anda cergas .
Sekali-sekala, korang boleh juga berjogging untuk menghirup udara segar. Tapi, jangan lupakan SOP ya.
Sudah semestinya pemakanan yang sihat juga amat penting untuk kekal bertenaga. Malah, jika korang terasa kurang motivasi, letih dan tidak bertenaga, korang boleh menambah vitamin B dalam suplemen kerana ia mampu korang kekal bertenaga dan fokus!
Contoh suplemen terbaik ialah Berocca! Ia mengandungi gabungan unik vitamin B, vitamin C dan mineral penting seperti kalsium, magnesium dan zink untuk membekalkan korang tenaga dan terus fokus untuk menghadapi cabaran norma baharu dengan lebih baik.
Apa kelebihan Berocca ni?
- Berocca boleh didapati dalam bentuk tablet mudah larut yang membolehkan khasiatnya mudah diserap oleh tubuh badan. Malah, terdapat dua perisa yang sedap dan menyegarkan iaitu perisa oren dan mangga. Bonus point untuk korang yang susah nak telan ubat kan?
- Korang tidak perlu risau mengenai status halal Berocca kerana ia tidak mempunyai perasa tiruan dan sebarang bahan pengawet. Berocca amat sesuai digunakan untuk keperluaan harian.
- Keberkesanan Berocca telah disahkan menerusi 11 ujian klinikal yang mana terbukti boleh membantu daripada segi mental dan fizikal.
Jom sertai #BeginwithBeroccaOB! Sebarkan ‘energy boost’’ kepada rakan korang! Caranya mudah:
- Namakan kawan korang yang memerlukan ‘energy boost’ di ruangan komen artikel ini. Kongsi dengan kami kenapa kawan korang perlukan ‘energy boost’ ini.
- Letak #BeginwithBeroccaOB, tag @BeroccaMY & @OhBulan ( P.S korang sharelah contest post ini kepada kawan-kawan. So, takdelah mereka ketinggalan)
- Kami akan menghantar Berocca starter pack kepada kawan anda untuk kekalkan fokus dan tingkatkan tenaga mereka!
Untuk maklumat lanjut, korang boleh semak di laman Facebook Berocca atau di laman Instagram Berocca ini. Jom ‘Begin with Berocca’!