Seperti umum mengetahui, banjir besar yang melanda di beberapa buah negeri terutamanya di Kelantan, Pahang, Terengganu, dan Johor telah menyebabkan ramai penduduk kehilangan tempat tinggal.
Begitulah juga situasi yang dialami oleh individu ini apabila rumah yang didiaminya bersama keluarga sudah tenggelam sepenuhnya.
Rumah dah tenggelam
Terima kasih kepadan kawan kawan dan semua yang mendoakan saya dan family? line teruk elektrik tiada rumah saya habis tenggelam semuanya. menangis bila terkenang waktu ketika air masuk rumah. semoga kami tabah untuk mulakan hidup baru?? pic.twitter.com/p0gL8Kl37z
— heather (@irfanhakimie_) January 5, 2021
Menerusi video yang dimuatnaik oleh Irfan Hakimie di Twitter, dia menunjukkan kawasan rumahnya yang sudah ditenggelami air. Lebih meruntun hati apabila melihat hampir 90% rumah di kawasan berkenaan sudah tenggelam dan hanya kelihatan bumbung sahaja.
Berlaku pada jam 12 malam
Tambah Irfan lagi, musibah tersebut berlaku secara tiba-tiba sekitar jam 12 tengah malam dan mengakui amat terkejut melihat keadaan itu. Menurut Irfan, kejadian ini merupakan satu momen yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bayangkan hanya satu malam, rumah yang didiami mereka sudah ditenggalami air.
Banyak barang tak dapat diselamatkan
even my jiran totally a warrior seharian setengah duduk di atap bumbung sebab kami ingatkan jiran dah pindah rupanya tak sedar yang dia pergi sambung tidur waktu kiteorang call dia? pic.twitter.com/0iOG9TIBBj
— heather (@irfanhakimie_) January 5, 2021
Bercerita lanjut mengenai pengalaman buruk yang menimpa dia dan keluarga, Irfan meluahkan rasa sedih kerana banyak barang-barang di dalam rumah yang tidak dapat diselamatkan termasuklah buku-buku pembelajaran yang baru dibelinya.
Jika dilihat dari video pendek yang dikongsikan, kelihatan banyak barangan di dalam rumah itu seperti meja, kerusi belajar dan perabot sudah tenggelam dan tidak dapat digunakan lagi. Malah, laptop yang digunakan untuk sesi pembelajaran juga tidak dapat diselamatkan disebabkankan insiden yang berlaku.
Semoga tabah
Sumber: Irfan Hakimie