Semalam viral di media sosial kes kematian pramugari Philippines Airlines, Christine Angelica Dacera yang dijumpai mati di dalam sebuah tab mandi di sebuah hotel di Filipina. Pihak polis mempercayai mangsa telah dirogol secara bergilir-gilir dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes rogol
Artikel Berkaitan : Tragedi Sambutan Malam Tahun Baru, Pramugari Filipina Dipercayai Dirogol Bergilir-Gilir 11 Lelaki Sebelum Dibunuh
Walau bagaimanapun, keluarga Christine Dacera tidak setuju dengan hasil autopsi dan menafikan punca kematian hanya bukan disebabkan rogol. Mereka menggesa agar pihak polis membuka kembali siasatan untuk mengetahui lebih lanjut punca kematian.
Laporan tidak lengkap
Peguam bagi pihak keluarga Christine tidak berpuas hati dengan hasil bedah siasat yang tidak memaklumkan kecederaan lain yang dialami oleh Christine.
Kami mempertikaikan penemuan SOCO, ‘laporan bedah siasat hanya mendakwa penyebab kematiannya adalah kerana aneurisma.
Sebelum ini, salinan laporan perubatan yang diperoleh CNN Filipina, menunjukkan banyak kecutan dan lecetan pada anggota badan. Dalam laporan turut memberitahu punca kematian utama adalah disebabkan aneurisma aorta yang pecah. Menurut Ketua Polis Makati Kolonel Harold Depositar, air mani ditemukan di badan Christine namun tiada dalam laporan bedah siasat itu. Autopsi itu hanya menunjukkan luka di bahagian kemaluan mangsa.
Buka kembali kes
Menurut peguam tersebut, kecederaan yang dialami pada kaki dan lengan Christine yang dilihat cukup untuk membuktikan kemungkinan berlakunya pemerkosaan dalam tragedi malang ini.
Mereka mengatakan bahawa dia meninggal kerana aneurisma aorta yang pecah dan bukannya dirogol. Laporan ini tidak lengkap, jadi kami meminta untuk mangsa dibedah siasat kembali.
Malah, keluarga Christine juga tidak berpuas hati apabila Polis Filipina menyatakan kes itu sudah diselesaikan di laman rasmi Facebook milik mereka. Walau bagaimanapun kini, keluarga Christine ingin membuka kembali kes siasatan yang akan berakhir dalam masa 48 jam akan datang.
Terdahulu Christine Dacera ditemui mati di tab mandi hotel ketika meraikan malam tahun baru bersama rakan sekerja. Keluarga turut mendakwa Christine mungkin telah dibius semasa pesta sebelum membunuhnya.