Nama Khairulaming bukanlah satu nama yang asing, kami pasti ramai yang mengenali beliau yang terkenal dengan tagline ‘What’up guys’. Video-video masakan beliau dikongsikan di media sosial sering mendapat perhatian ramai sehinggakan selebriti terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir pernah menjadi suara latar dalam video masakannya.
Selepas beberapa lama mempunyai peminat tersendiri, akhirnya Khairulaming mengeluarkan produk pertama iaitu Sambal Nyet. Fuh sampai berebut orang beli!
10 ribu terjual
View this post on Instagram
Alhamdulillah 10,000 botol Sambal Nyet, semua dah sold out dalam 54 minit. Terima kasih semuaaa..aku nak nangis but i can’t because i have work to do. inshaAllah 2-3 ribu botol pertama akan pos petang ni jugak. Ya Allah takutnya nak bagi beribu orang rasa. Thank you again.
Khairulaming meluahkan rasa terharu dengan sambutan orang ramai yang menyokong keluaran produk terbarunya. Bayangkan tak sampai satu jam, 10 ribu botol sambal tersebut berjaya dijual di platform atas talian. Fuh terbaik!
Ramai puji
Rata-rata memuji selebriti media sosial ini yang bijak dalam mengeluarkan produk pertama. Jika lihat, sebelum ini Khairulaming banyak berkongsi resepi masakan mudah yang boleh dibuat oleh anak-anak muda. Tidak hairanlah kalau hari ini rezekinya datang sekelip mata kerana beliau sememangnya tidak lokek berkongsi ilmu.
Keluarkan 10 ribu dahulu
untuk first batch @sambalnyet ni i produced 10 ribu botol dulu sbb limited space and bnyk tu je duit modal aku ada haha. Once ada yang beli, i will take feedback and improve for the next batch. Sekarang tengah prepare utk start packing ?? ? pic.twitter.com/K41AeINT1H
— Khairulaming (@khairulaming) January 2, 2021
Sebelum ini Khairulaming pernah memaklumkan bahawa pihaknya akan mengeluarkan 10 ribu botol dahulu memandangkan tempat dan modal yang terhad. Beliau juga memaklumkan akan mengeluarkan lebih banyak botol di masa akan datang.
Sumber : Khairulaming