Akhir-akhir ini, kes Covid-19 di negara kita semakin membimbangkan. Menerusi statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sehingga hari ini terdapat sebanyak 25,221 kes aktif dan 521 kes kematian.
Terbaru, Astro Awani melaporkan seramai 16 sekeluarga didapati positif Covid-19 selepas menghadiri satu pertemuan bersama keluarga mereka di Lembah Klang.
Pulang dari zon merah
Sekadar gambar hiasan
Malahan, terdapat seorang kanak-kanak yang berusia dua tahun, yang turut menerima tempias yang sama. Menerusi sumber KKM, kesemua mereka tinggal di rumah yang sama di Labis. Mereka dipercayai mengunjungi ahli keluarga lain di zon merah di Kuala Lumpur dan Selangor pada 17 hingga 25 Disember yang lalu.
Tidak berakhir di situ, seorang warga emas berusia 60 tahun yang turut menghadiri majlis tersebut, meninggal dunia akibat Covid-19 pada 3 Januari lalu.
Sebelum kejadian ini berlaku, dia sudah menghidap beberapa penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi dan diabetes. Selepas pulang dari Kuala Lumpur, dia mengalami demam, batuk dan kesukaran bernafas setelah kembali ke Segamat.
Dikejarkan ke hospital
Sekadar gambar hiasan
Wanita itu kemudiannya dihantar ke Hospital Segamat bagi rawatan susulan sebelum meninggal dunia. Sehari selepas itu, pihak KKM mengesahkan salah seorang anggota keluarganya didapati turut positif Covid-19
Pengesanan kontak dan tindakan susulan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan mendapati 16 anggota keluarga warga emas itu positif COVID-19. Sebahagian daripada mereka sedang menjalani kuarantin manakala sebahagian lagi ditahan di hospital untuk rawatan
Sumber: Astro Awani