
Personaliti media sosial, Aireena Sofia meluahkan rasa terkilan apabila perjuangannya menuntut hak untuk anaknya daripada bekas suaminya, Haiqem Stopa menjadi pertikaian dalam kalangan orang ramai.
Artikel Berkaitan: Aireena Sofia, Haqiem Stopa Sudah Berbaik – ‘Dah Maafkan Tapi Tak Mampu Lupakan’
Artikel Berkaitan: ‘Maafkan Mommy Tak Dapat Berikan Keluarga Yang Sempurna’ – Aireena Sofia Kongsi Wajah Anak Usia 10 Bulan
Menuntut hak
View on Threads
Kata Aireena atau lebih mesra disapa Jane berkata perkara itu lebih menyedihkan apabila terdapat segelintir wanita yang seakan-akan mempersoalkan tindakannya sedangkan dia hanya mempertahankan perkara yang benar.
Kadang-kadang bila seorang ibu menuntut hak anak, dia dianggap kejam.
Bila mempertahankan perkara yang benar, dia dilabel berlebihan dan terpaling atau ‘over’.
Yang menyedihkan, ada wanita menjatuhkan wanita lain sedangkan mereka juga seorang ibu.
Menurutnya, status perceraian tidak seharusnya menjadi alasan buat seorang lelaki mengabaikan tanggungjawab terhadap anak.
Jelasnya, walau apa pun keadaan sebagai seorang ibu, Jane tetap akan memperjuangkan hak anaknya dan memastikan kehidupannya terbela.
Hak anak tetap hak anak dan tanggungjawab tidak akan terputus walau apa pun yang berlaku.
Jika mempertahankan hak anak dianggap salah, biarlah. Seorang ibu akan tetap berdiri untuk anaknya.
Kadangkala kita menang di mahkamah, tetapi tidak menang di media sosial.
Tidak mengapa, yang penting saya tahu apa yang saya perjuangkan adalah untuk anak saya.
Terdahulu, nama Jane dan Haqiem kembali menjadi bualan ramai selepas hubungan mereka didakwa sekali lagi retak.
Isu berkenaan mula menjadi perhatian selepas Haqiem didakwa gagal menunaikan nafkah secara konsisten.
Sumber: Threads







