
Pelakon dan penyanyi Abby Abadi tampil memberi sokongan kepada personaliti media sosial, Haqiem Stopa yang berusaha mencari rezeki dengan caranya tersendiri.
Artikel Berkaitan: Netizen Tertanya Mengapa Janda Lebih Berjaya & ‘Function’ Selepas Cerai, Abby Abadi Kongsi Pandangan
Artikel Berkaitan: Haqiem Stopa Berang Diganggu Ketika ‘Live’, Individu Tinggalkan Komen Tentang Lelaki Cina – ‘Aku Bukan Minta Sedekah, Jangan Melampau’
Hiraukan kata-kata orang

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Haqiem meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir netizen yang sering memberi tumpuan kepada kesilapannya berbanding perkara positif yang dilakukan.
Menurut Haqiem, apa sahaja usaha yang dilakukannya untuk mencari rezeki sering dipandang negatif oleh segelintir pihak.
Aku jadi lembut dipersalahkan. Kalau aku kaki perempuan, lagi dipersalahkan.
Aku berniaga Ayam Gepuk salah.
Buat affiliate orang cakap saya tunggang anak. Dah tak tahu nak kerja apa.
Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian Abby atau nama penuhnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, yang memberikan kata-kata semangat agar Haqiem terus gigih mencari rezeki yang halal.
Teruskan saja, gempak dah tu.
Abaikan mereka, jalan terus sampai kaya.
Kaya raya nanti baru orang pandang.
Sumber: Threads @abbyabadi_112








