Pelakon remaja Qistina Raisah, berkongsi berita gembira selepas berjaya memiliki sebuah kediaman baharu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pelakon Remaja Qistina Raisah Nafi Berpeluk Dengan Lelaki Di Tempat Umum – ‘Saya Keluar Mesti Ada Mak Sekali’

Artikel Berkaitan: ‘Tak Guna Ramai Kawan Tapi Suka Buka Aib Kita’ – ‘Repost’ Mia Sara Nasuha Raih Perhatian

Perkongsian Qistina

@qqistinaraisah

Alhamdulillah, officially dapat kunci rumah baru🏡❤️ Semoga rumah ni jadi tempat yang penuh dengan kasih sayang, rezeki, ketenangan & banyak lagi memories indah untuk kita sekeluarga Thank you so much to @Ery Construction Legacy for making this journey so much easier and for bringing our dream home to life. ❤️ Kalau korang tengah plan nak buat rumah atau looking for a trusted team, I memang highly recommend ERY CONSTRUCTION LEGACY . From the process sampai rumah siap, everything was handled so well. Alhamdulillah for this new chapter.❤️🏡

♬ original sound – QR – QR

Menerusi perkongsian di TikTok, Qistina memuat naik video memaparkan dirinya sedang melakukan home tour dan berkongsi setiap ruangan yang ada di kediamannya itu.

Di ruangan kapsyen, pemilik nama Nur Qistina Raisah Mohd. Kamarol Azri, 18, itu menzahirkan rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana dikurniakan rezeki untuk memiliki sebuah rumah.

Alhamdulillah, officially dapat kunci rumah baru.

Dalam masa yang sama, Qistina juga berharap agar rumah baharunya itu akan menjadi ruang yang selesa untuk mereka sekeluarga.

Semoga rumah ini jadi tempat yang penuh dengan kasih sayang, rezeki, ketenangan dan banyak lagi memori indah untuk kita sekeluarga.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut tumpang gembira dan menyifatkan Qistina sebagai seorang yang bijak kerana menggunakan hasil titik peluhnya untuk sesuatu yang memberi manfaat buat masa depan.

Sumber: TikTok