Pelakon Ariana Yusof berkongsi pengalaman mistik yang berlaku ketika menjalani penggambaran drama Puteri Kembang Malam.

Artikel Berkaitan: Ifa Raziah Dirasuk Ketika Kendalikan Podcast Sembang Seram – ‘Tadi Seru Nama Kan, Saya Dah Datang’

Artikel Berkaitan: Hilang Tanpa Jejak? ‘Puteri Kembang Malam’ Bongkar Misteri Resort Terpencil

Pengalaman histeria

Menerusi hantaran di Threads, seorang pengguna laman tersebut memuat naik sepotong klip drama yang memaparkan Ariana sedang dirasuk.

Ariana kemudian mengulang ciap hantaran itu dan mendedahkan dia mengalami histeria sehingga pihak produksi perlu berhenti seketika semasa di set penggambaran berkenaan.

Penggambaran ini dibuat selepas saya histeria di set dan kami terpaksa berhenti sekejap dan sambung semula pada malam yang sama.

Malam yang sangat berat tetapi Alhamdulillah.

Menurut Ariana, dia bahkan tidak pasti sama ada dirinya atau entiti lain yang memainkan babak tersebut berikutan keadaannya ketika itu.

Selepas penggambaran babak ini saya terus pitam dan histeria.

Saya pun tak tahu, sama ada saya ke bukan dalam babak ini.

Dalam masa sama, Ariana turut berkongsi foto yang memaparkan dirinya sedang dibantu oleh pelakon dan kru produksi.

Gambar ini sahaja yang ada semasa saya berubat, sudah kelam kabut.

Simpan di sini sebab ini adalah pengalaman pertama saya berlakon kisah seram.

Sampai sekarang berterima kasih kepada Wak (Ruzaidi Abdul Rahman), sebab masa itu tiada ustaz di set. Kalau tak ada dia tak tahulah apa jadi.

Komen netizen

Perkongsian berkenaan turut tular dan mendapat perhatian warganet yang menyifatkan situasi tersebut amat menyeramkan dan merupakan pengalaman luar biasa bagi seorang pelakon.

Untuk info, Puteri Kembang Malam adalah sebuah drama seram psikologi 10 episod yang membawa kisah misteri, trauma dan manipulasi agama menerusi latar sebuah resort terpencil di Sabah.

Drama arahan Osman Ali dan Izuan Mokhtar ini turut menampilkan Fasha Sandha, Amylia Aidura, Chacha Maembong, Arena Wan, Zairi Aziz dan Badron Munirah.

Saksikan Puteri Kembang Malam secara eksklusif di Tonton setiap Sabtu dan Ahad, jam 12 tengah malam.

Sumber: Threads