
Penyanyi Cat Farish mendedahkan dirinya mengalami kerugian kira-kira RM100,000 selepas mendakwa ditipu rakan sendiri dalam urusan penganjuran sebuah acara.
Artikel Berkaitan: ‘Kami Pernah Dibayar RM20 Kongsi Lima Orang’ – Cat Farish
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dua Tahun Melayari Bahtera Perkahwinan, Shikin Maembong Syukur Cat Farish Sebagai Suami – ‘Saya Belajar Jadi Isteri Sempurna’
Kena tipu dengan kawan sendiri

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Farish Ramli, 52, berkata, individu terbabit bukanlah orang asing sebaliknya sudah lama bekerjasama dalam menganjurkan pelbagai acara.
Tambah Cat, jumlah kerugian tersebut bukanlah sesuatu yang kecil kerana wang berkenaan boleh digunakan untuk pelbagai perkara.
Kami bukan baharu bekerja sama, dia kawan saya.
Dia bukanlah selebriti, cuma rakan yang selalu bersama-sama kami menganjurkan acara.
Kami tidak lagi berkawan, dia menghilangkan diri. Kalau terjumpa memang saya heret ke muka pengadilan.
Kalau ada RM100,000 macam-macam yang kita boleh lakukan dengan wang tersebut.
Sampaikan saya tinggalkan dunia nyanyian sebab nak berniaga, buat acara dan sebagainya.
Cat berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Ekslusif Filem Siluman: Dendam Harimau Jadian yang berlangsung di TGV, KLCC pada Khamis.
Dalam pada itu, Cat menjelaskan perkara tersebut berpunca daripada seorang individu yang bertindak sebagai orang tengah dalam urusan kutipan sewa tapak peniaga di festival berkenaan.
Susulan kejadian tersebut, Cat menyerahkan sepenuhnya perkara berkenaan kepada peguam untuk tindakan selanjutnya.
Perkara ini sudah lama berlalu. Kami ditipu oleh orang tengah yang mengutip sewa penjual-penjual yang berniaga di festival tersebut. Sama ada orang tengah itu melarikan duit atau tidak, itu kami tak pasti, wallahualam.
Sampai sekarang kami menanggung kerugian dan cemuhan peniaga-peniaga yang terkesan. Kami serahkan kepada peguam untuk mengambil alih perkara ini.







