![[VIDEO] Zaki Yamani Tak Halang Ibu Kahwin Lagi – ‘Saya Sentiasa Sokong’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/zaki-yamani-dan-ibu-2.jpg)
Penyanyi Zaki Yamani tidak menghalang ibunya, Fatimatuzahra Samat untuk kembali mendirikan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: Zaki Yamani Hairan Jamal Abdillah Tahu Gosip Dengan Azeva, Pesan Fokus Kerjaya – ‘Rupanya Ayah Dah Pandai Main TikTok’
Artikel Berkaitan: Zaki Yamani Sertai Sony Music Malaysia, Bakal ‘Explore’ Pasaran Serantau – ‘Peluang Ini Langkah Penting Dalam Kerjaya Saya’
Zaki tak halang ibu kahwin lagi

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 21, berkata dia pernah berbincang dengan ibunya mengenai perkara tersebut dan dia sentiasa menyokong sekiranya wanita itu menemui pasangan hidup baharu.
Saya pernah bertanya tapi dia kata dia nak melihat anak ni berjaya dulu.
Pasal kahwin ni, saya sentiasa sokong je, kalau nak kahwin, kahwinlah. Saya pun dah besar dah. Tak apalah, saya okey je.
Dalam pada itu, pelantun lagu Akur itu mengakui berasa kasihan melihat ibunya yang sering bersendirian.
Bagaimanapun, Zaki berkata dia tetap akan berada di sisi ibunya dan menjaganya sekiranya wanita itu memilih untuk meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal.
Saya pernah cakap dekat mak kalau nak berkahwin lagi, saya okey sahaja dan terbuka. Kalau dulu masa saya bersekolah mungkin saya tak berapa okey tapi sekarang saya dah besar.
Kadangkala saya kasihan juga dekat mak sebab dia selalu berseorangan. Saya ikut je, kalau dia memilih untuk menjadi ibu tunggal, tak apa saya ada untuk jaga.
Dalam perkembangan lain, Zaki telah membuka lembaran baharu dalam kerjaya seninya apabila secara rasmi menyertai Sony Music Malaysia.
Kerjasama tersebut dimeterai menerusi sebuah majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 20 September lalu dan turut disaksikan Pengarah Urusan Sony Music Malaysia, Singapura, Vietnam & Projek Khas Asia Tenggara, Kenny Ong.







